Motosikal diletupkan depan balai polis Padang Besar, Thailand

SISA motosikal yang dipercayai diletupkan menggunakan panggilan telefon bimbit.

Sebuah motosikal diletupkan di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand yang terletak kurang satu kilometer daripada Kompleks Imigresen dan Kastam Padang Besar.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi tadi itu, gegaran serta bunyi dentuman ekoran letupan berkenaan turut dirasai di kawasan berdekatan sempadan Malaysia.



Difahamkan, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan bom berkenaan dipercayai diletupkan menggunakan panggilan telefon bimbit.

Bom meletup dekat KIK Malaysia, tiada kemalangan jiwa


Sebutir bom kawalan jauh meletup di hadapan Balai Polis Padang Basa, di sini, kira-kira satu kilometer dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Malaysia, pagi tadi.

Bom itu yang disorok di dalam sebuah motosikal dipercayai diletupkan dari jauh melalui panggilan telefon bimbit kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Selatan Thai bergegar


Sadao (Thailand) - Tiga letupan bom buatan sendiri dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dan 1.45 petang tadi masing-masing di hadapan Balai Polis Padang Besar (Thailand), di dalam Balai Polis Sadao dan di hadapan Hotel Oliver di pekan Danok.

SISA letupan bom dipercayai buatan sendiri yang diletakkan di dalam motosikal.

Letupan terbaru di Hotel Oliver mengakibatkan sembilan warga Thailand yang juga peniaga berdekatan cedera parah.

Governor Songkhla Grisada Boonrach mengesahkan perkara berkenaan dan tiada kematian dilaporkan sehingga tengah hari ini.

Sehingga kini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak berkuasa Thailand sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

POLIS Thailand memeriksa rangka motosikal yang digunakan dalam letupan di Balai Polis Sadao

Dua rakyat Malaysia cedera letupan di Danok


Seramai 24 orang termasuk dua rakyat Malaysia cedera dalam letupan bom berasingan menggunakan alat kawalan jauh di tiga lokasi di Wilayah Songkhla termasuk Pekan Danok berhampiran Bukit Kayu Hitam, Malaysia.

Letupan bermula di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand kira-kira jam 11.30 pagi tadi sebelum disusuli letupan kedua di dalam kawasan Balai Polis Sadao yang terletak 10 kilometer daripada lokasi pertama.

Dalam dua kejadian berkenaan, letupan berpunca daripada motosikal yang diletakkan bahan letupan sebelum diletupkan menggunakan telefon bimbit.

Kira-kira jam 1.45 tengah hari, satu lagi letupan berlaku di hadapan Hotel Oliver, Danok berpunca daripada sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan hotel tiga bintang berkenaan.

Tinjauan Harian Metro di ketiga-tiga lokasi berkenaan mendapati beberapa motosikal di dalam Balai Polis Sadao mengalami kerosakan teruk, selain bahagian bawah Hotel Oliver juga musnah teruk dengan kereta dan cermin berselerakan di kawasan berdekatan.

Gabenor Wilayah Songkhla Grisada Boonrach ketika ditemui berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian letupan berkenaan.

Katanya, pihaknya hanya menutup kawasan berkenaan bagi tujuan siasatan sebelum dibuka sejurus siasatan selesai.

"Kami percaya ia dilakukan golongan yang tidak berpuas hati dengan beberapa perkara dan menyelar tindakan mereka.

"Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kami masih menunggu laporan penuh kejadian," katanya

KEMUSNAHAN di hadapan Hotel Oliver selepas letupan bom








Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.