Hukum Karma kepada seorang Perompak yang juga disamun


Di Dallas, Amerika : Seorang perompak menjadi mangsa samun sejurus selepas melarikan lebih $5,000 (RM16,430) daripada sebuah bank.


Larry Poulos menyerahkan borang deposit yang ditulis perkataan ‘bom’ kepada juruwang di Educational Employees Credit Union, lapor Dallas News.

Juruwang itu pada mulanya menyangka itu sekadar gurauan, namun terus menyerahkan sejumlah wang selepas menyedari Poulos seorang perompak.

Poulos melarikan diri, namun jirannya menghubungi polis selepas wang kertas berterbangan daripada beg digalasnya dalam perjalanan pulang ke rumah.

Menurut jirannya, dua lelaki dilihat mengekori Poulos ke kediamannya sebelum keluar membawa beg dipenuhi wang.

Polis yang datang menyiasat menemui Poulos cedera di kepala akibat dipukul dirompak.

Poulos menghadapi tuduhan merompak manakala dua lelaki yang menyamunnya belum ditemui.

Ini bukan kali pertama perompak menerima penangan ‘karma’ serta-merta.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.