Kemampuan dan Kebolehpasaran graduan politeknik dipertingkat

PARA graduan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) bersorak gembira selepas menerima sijil dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen politeknik itu di Kulim.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Sebanyak 76 peratus graduan politeknik di seluruh negara mendapat pekerjaan setiap tahun, sekali gus membuktikan kebolehpasaran graduan institusi berkenaan.

Picture

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Datuk Mohlis Jaafar, berkata kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu turut menunjukkan sehingga 24 peratus graduan politeknik menyambung pengajian di universiti tempatan.


“JPP menyasarkan peningkatan kadar kebolehpasaran siswazah politeknik di seluruh negara mencecah 85 peratus menjelang 2015 dan ia mampu dicapai berdasarkan statistik semasa serta selari dengan pelaksanaan program transformasi politeknik yang dijalankan,” katanya.

Bangun model ekonomi baru

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Politeknik Metro Tasek Gelugor dan Politeknik Kota Bharu dengan Indeworkshop Sdn Bhd (ISB), Quark Energy System Sdn Bhd (QESSB) dan Everise Crimson Sdn Bhd (ECSB).


Turut hadir, Pengarah Urusan ISB, Shazrol Suhaime, Ketua Pegawai Eksekutif QESSB, Amir Irwan Bahruddin dan Pengurus Besar ECSB, Ruzilah Kamaruzaman.


Mohlis berkata, seiring dengan hasrat negara membangunkan model ekonomi yang baru, politeknik berperanan penting sebagai penjana modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan untuk memenuhi keperluan tenaga pekerja separa profesional dan eksekutif pertengahan dalam pelbagai sektor pekerjaan.

Berubah seiring keperluan negara

Justeru, katanya, pengajian politeknik perlu berubah secara transformasi iaitu pada kadar dan kepesatan seiring dengan perubahan ekonomi dan global, khususnya dalam membekalkan tenaga kerja mahir mencukupi keperluan negara.


“Bagi memenuhi permintaan pasaran kerja dalam bidang berkenaan menjelang 2020, JPP mensasarkan kira-kira 400,000 graduan teknikal dapat dilahirkan.

“Ketika ini, menerusi 32 politeknik di seluruh negara, kira-kira 35,000 lulusan graduan teknikal dilahirkan dalam pelbagai bidang setiap tahun,” katanya.



Sehingga kini, lebih 200,000 graduan teknikal berjaya dilahirkan melalui politeknik yang menyumbang 55 peratus daripada graduan teknikal lepasan institusi latihan teknikal di seluruh negara.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.