Hampir lima juta pekerja swasta sekadar lepasi garis kemiskinan
Presidennya, Khalid Atan berkata, adalah penting bagi kerajaan memperkenalkan peraturan Cola itu kepada sektor swasta kerana hampir lima juta pekerja di sektor itu memperoleh upah hanya kira-kira RM30 sehari, iaitu setakat melepasi garis kemiskinan RM870 sebulan.
MTUC sebagai pertubuhan pekerja yang bertanggungjawab tidak akan melakukan demonstrasi jalanan untuk menuntut hak mereka, sebaliknya lebih suka kepada rundingan aman” Khalid Atan, Presiden MTUC
Rangka strategi
Pada masa ini gaji minimum pekerja di Semenanjung ditetapkan RM900 dan bagi pekerja di Sabah dan Sarawak RM800.
Khalid berkata MTUC sedang merangka strategi untuk membantu meringankan beban pekerja.
Untuk tempoh sementara beliau mencadangkan syarikat membantu menyediakan subsidi makanan dan penginapan untuk pekerja manakala pekerja pula membantu syarikat meningkatkan produktiviti untuk menjadikan situasi menang-menang.
Khalid berkata MTUC amat bimbang mengenai kesan serta merta peningkatan kos pengangkutan, makanan dan persekolahan terutama bagi kumpulan pekerja berpendapatan rendah.
Namun, beliau memberi jaminan, MTUC sebagai pertubuhan pekerja yang bertanggungjawab tidak akan melakukan demonstrasi jalanan untuk menuntut hak mereka, sebaliknya lebih suka kepada rundingan aman.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags