Suspek toreh muka Nur Shafiqa telah dikenalpasti


Suspek toreh muka dikenalpasti

PASIR PUTEH - Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti kedua-dua suspek yang menyamun dan bertindak ganas menoreh muka Nur Shafiqa, 22, dalam kejadian di Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh, Isnin lalu.

“Kami yakin dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi Wan Nor Azie Wan Hassan, 21,  balu kepada anggota polis Allahyarham Mohd Shakuan Mohd Tajuddin, di Kampung Kuchelong, Bachok.



Mohd Shakuan maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah van dekat pekan Jelawat, Sabtu lepas.

Dalam kejadian Isnin lalu, Nur Shafiqa mengalami kecederaan di muka akibat ditoreh dan ditumbuk oleh dua lelaki yang menceroboh masuk ke rumahnya selain turut mencederakan ibunya, Hat Tema Mat Zin, 58.


[ARTIKEL BERKAITAN: Kes toreh muka: 'Kejam dooh nih']


Sementara itu, Puteri Umno akan mengaktifkan dengan segera tabung kebajikannya bagi membantu anggotanya yang menjadi mangsa jenayah.
 
Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pengisian tabung itu akan dibuat menerusi kutipan derma anggota Umno di peringkat pusat, negeri, bahagian dan akar umbi.
 
"Dana itu penting untuk membantu anggota terutama yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan segera," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Nur Shafiqa di rumahnya, hari ini. – Bernama



Selamat Dari Dirogol, Wajah Gadis Ditoreh Perompak

Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 2 petang semalam (30 November 2014) ini sememangnya agak memeranjatkan apabila dua orang lelaki berhelmet lengkap dengan visor memecahmasuk rumah sebuah keluarga di Wakaf Berangan, Sri Aman 3, Pasir Puteh.


Ibu mangsa yang sedang berehat di dapur dicederakan terlebih dahulu sebelum penyamun menendang pintu bilik air yang pada ketika itu Nur Shafiqa, 22, sedang berada di dalamnya untuk mandi. Mangsa diarah mencabut sebentuk cincin emas yang dipakai ibunya sebelum di bawa masuk ke dalam sebuah bilik dengan tujuan untuk dirogol.

Nur Shafiqa bersama tunangnya. Mereka bertunang pada bulan Mac 2014 lalu.
Walaubagaimanapun, perompak yang telahpun menanggalkan seluarnya terpaksa membatalkan niat jahat tersebut apabila dipanggil oleh rakannya yang telah berada di luar risau jika teriakan adik mangsa yang berada dalam satu bilik lain menarik perhatian jiran tetangga.

Suspek yang telahpun keluar masuk kembali ke dalam bilik dan menumbuk muka mangsa serta menoreh pipi sebelah kiri mangsa sebelum melarikan diri.




Nur Shafiqa dan ibunya kini dirawat di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh. Semoga kedua-dua mangsa cepat sembuh dan moga perompak yang kejam itu dapat segera diberkas.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.