Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Bina semula wajah gadis malang Selamat Dari Dirogol, Wajah Ditoreh Perompak

Jeremy Renner
‘Bina semula’ wajah gadis malang - Selamat Dari Dirogol, Wajah Gadis Ditoreh Perompak

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Bina semula wajah gadis malang Selamat Dari Dirogol, Wajah Ditoreh Perompak

Wajah gadis berusia 22 tahun, Nur Shafiqa Lah yang ditoreh penyamun dalam kejadian pecah rumah kelmarin boleh dirawat menerusi pembedahan rekonstruktif, kata Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Mafauzy Mohamed.

B
eliau berkata, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mempunyai teknologi dan tenaga pakar yang mencukupi untuk melakukan pembedahan itu termasuk pakar pembedahan plastik.

“Apa kerosakan pada anggota badan sama ada akibat kemalangan atau lain-lain boleh dirawat di HUSM kerana kepakaran yang kita miliki termasuklah kes yang menimpa mangsa ini.
Jeremy Renner
Wajah gadis berusia 22 tahun, Nur Shafiqa Lah yang ditoreh penyamun dalam kejadian pecah rumah kelmarin
“Bagaimanapun, kita masih perlu berbincang dengan kumpulan pakar untuk memastikan tahap kecederaan pada mukanya sebelum prosedur lanjut dapat diambil.

“Biasanya bagi kes kerosakan wajah, kami hanya memerlukan pembedahan rekonstruktif yang mengambil masa antara dua hingga tiga jam dengan kos ditawarkan paling minimum,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kickbola.net Mas Ermieyati Samsudin melawat Syafiqah yang ditoreh di muka oleh penceroboh yg menceroboh rumah beliau di Kelantan.
Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 2 petang semalam (30 November 2014) ini sememangnya agak memeranjatkan apabila dua orang lelaki berhelmet lengkap dengan visor memecahmasuk rumah sebuah keluarga di Wakaf Berangan, Sri Aman 3, Pasir Puteh.

Ibu mangsa yang sedang berehat di dapur dicederakan terlebih dahulu sebelum penyamun menendang pintu bilik air yang pada ketika itu Nur Shafiqa, 22, sedang berada di dalamnya untuk mandi.

Mangsa diarah mencabut sebentuk cincin emas yang dipakai ibunya sebelum di bawa masuk ke dalam sebuah bilik dengan tujuan untuk dirogol.

Walaubagaimanapun, perompak yang telahpun menanggalkan seluarnya terpaksa membatalkan niat jahat tersebut apabila dipanggil oleh rakannya yang telah berada di luar risau jika teriakan adik mangsa yang berada dalam satu bilik lain menarik perhatian jiran tetangga.

Suspek yang telahpun keluar masuk kembali ke dalam bilik dan menumbuk muka mangsa serta menoreh pipi sebelah kiri mangsa sebelum melarikan diri.




Nur Shafiqa dan ibunya kini dirawat di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh. Semoga kedua-dua mangsa cepat sembuh dan moga perompak yang kejam itu dapat segera diberkas.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.