TANGKAP layar dua helikopter TLDM terhempas ketika melakukan penerbangan latihan di Pangkalan TLDM Lumut pagi ini.
(📸 ©kosmo.com.my)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)
#infografik Dua helikopter TLDM terhempas (apa yang diketahui setakat ini).
(📸 ©Bernama)
TERKINI: 10 TERKORBAN DALAM NAHAS 2 HELIKOPTER TLDM DI LUMUT
NAHAS HELIKOPTER TERHEMPAS. Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa nahas helikopter di Lumut. Satu kehilangan besar kepada negara. Seramai 7 krew, 3 daripadanya merupakan srikandi TLDM dan 3 penumpang kesemuanya terkorban. AL-FATIHAH....
(📸 ©GengKeselamatanNegara)
PETALING JAYA – Seramai 10 kru dilaporkan terkorban setelah dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.
23.4.2024: JBPM Negeri Perak dikejutkan dengan panggilan kecemasan pada jam 9.50 pagi membabitkan kemalangan helikopter yang berlaku di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
(📸 ©Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)
Menurut laporan Komander Operasi Kanan, TPgB II Suhaimy bin Mohd Suhail, pasukan Bomba daripada 2 buah balai berhampiran iaitu BBP Seri Manjung dan BBP Sitiawan sejumlah 21 anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS, kenderaan utiliti Toyota Hilux dan Perodua Kembara sebaik dihubungi.
(📸 ©Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)
Dalam kejadian itu, terdapat 2 buah helikopter milik TLDM iaitu M502-6 (FENNEX), dinaiki oleh 3 orang mangsa dan M503-3 (HOM), dinaiki oleh 7 orang mangsa. Kesemua mangsa merupakan anggota dan pegawai TLDM.
(📸 ©Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)
Kedua-dua helikopter ini telah bertembung ketika sedang melakukan latihan penerbangan. Kesemua 10 orang mangsa yang terlibat telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.
(📸 ©Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)
Menurut makluman awal diterima, dua helikopter tersebut bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.
“Kedua-dua pesawat telah berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi.
Insiden helikopter TLDM terhempas : Identiti 10 mangsa sedang dikenal pasti, semua berusia bawah 40 tahun.
(📸 ©bombaJBPM)
“Pesawat helikopter operasi maritim (HOM) telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut,” maklum kenyataan itu.
Wajah 10 mangsa korban nahas helikopter TLDM.
(📸 ©Tentera Laut Diraja Malaysia-TLDM)
SOURCE:
KOSMO
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook , Twitter , dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date