Bayi perempuan 16 bulan maut tertinggal dalam kereta bapa

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Mayat bayi 16 bulan dibawa untuk dibedah siasat di Unit Forensik HSNZ, Kuala Terengganu semalam.
(📸 ©KOSMO)

Bayi berusia 16 bulan maut selepas tertinggal dalam kereta sejak pagi hingga ke jam 4.30 petang

Seorang bayi perempuan ditemui maut di dalam kereta setelah secara tidak sengaja ditinggalkan oleh bapanya yang merupakan seorang kakitangan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kuala Nerus.

Kejadian tersebut mula disedari bapa mangsa pada pukul 4.30 petang.

Susulan itu,bapa mangsa yang cemas terus bergegas membawa bayi itu di pusat kesihatan IPTA berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pemeriksaan pegawai perubatan bertugas mengesahkan bayi tersebut sudah meninggal dunia.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak tersebut terlupa untuk menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak IPTA berkenaan pada sebelah pagi.

“Sepasukan anggota polis bergegas ke pusat kesihatan IPTA tersebut sebaik dimaklumkan kejadian itu.


“Mayat bayi tersebut ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kejadian yang sama berlaku kepada seorang bayi perempuan berusia lapan bulan yang meninggal dunia selepas kira-kira 10 jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras.

SOURCE: Kosmo! Online

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.