Bank, syarikat telekomunikasi mungkin perlu bayar mangsa penipuan

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Cadangan itu bagi mengurangkan penipuan pancingan data, bayar mangsa penipuan yang terjejas apabila tanggungjawab tidak dipenuhi.
(📸 ©malaysiakini.com)

Bank, syarikat telekomunikasi di S'pura mungkin perlu bayar mangsa penipuan

Monetary Authority of Singapore (MAS) dan Infocomm Media Development Authority (IMDA) hari ini menerbitkan kertas rundingan bersama yang mencadangkan Rangka Kerja Tanggungjawab Bersama (SRF) untuk penipuan pancingan data.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Monetary Authority of Singapore akan menetapkan tindakan antipenipuan huluan yang perlu dipatuhi oleh institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi.
(📸 ©Reuters)
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data dan perlu membayar kepada mangsa penipuan yang terjejas apabila tanggungjawab ini tidak dipenuhi.

“SRF memberikan tanggungjawab bersama dengan menetapkan tindakan anti-penipuan huluan yang perlu dipatuhi oleh institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi. Pelanggaran kewajipan akan mengakibatkan pembayaran kepada mangsa penipuan yang terjejas.

“Ini untuk mendorong semua pihak agar sentiasa berwaspada dalam ekosistem bagi menjaga keselamatan dalam e-pembayaran,” kata Timbalan Pengarah Urusan (Penyeliaan Kewangan) MAS, Ho Hern Shin, dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Eksekutif (Kesalinghubungan, Pembangunan & Kawal Selia) IMDA, Aileen Chia berkata badan itu bekerjasama rapat dengan syarikat telekomunikasi untuk melaksanakan pendekatan pelbagai lapisan bagi mengelakkan penipuan dilakukan melalui panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS).


“Langkah-langkah seperti Pendaftaran ID Pengirim SMS mandatori yang diperkenalkan pada Januari 2023 telah mengurangkan dengan ketara bilangan kes penipuan SMS sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga bulan sejak pelancarannya.

“Kemasukan syarikat telekomunikasi dalam SRF sebagai penyedia infrastruktur sokongan berfungsi untuk mengukuhkan ekosistem daripada penipuan,” kata Chia.

MAS dan IMDA mempelawa pihak yang berminat untuk mengemukakan pandangan mereka mengenai cadangan itu pada 20 Dis, 2023.

- Bernama

SOURCE: malaysiakini.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.