
Jururawat Britain dihukum penjara seumur hidup bunuh 7 bayi di hospital

Lucy Letby, 33, disabitkan bersalah membunuh lima bayi lelaki dan dua bayi perempuan di Hospital Countess of Chester dan cuba melakukan pembunuhan ke atas bayi lain yang baru lahir, selalunya ketika suspek bekerja syif malam pada 2015 dan 2016.
Pihak juri diberitahu, tertuduh meracuni beberapa bayi dengan menyuntik mangsa dengan insulin, manakala mangsa lain turut disuntik dengan udara atau susu disuap secara paksa.

Beberapa daripada mangsa yang dibunuh adalah pasangan kembar.
Suspek didakwa cuba membunuh seorang bayi perempuan sebanyak tiga kali sebelum akhirnya berjaya pada percubaan keempat.
"Lucy Letby diamanahkan untuk melindungi beberapa bayi yang paling terdedah. Mereka yang bekerja bersamanya tidak mengetahui bahawa terdapat pembunuh di tengah-tengah mereka," kata Pendakwa Raya Kanan Mahkota dari Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota, Pascale Jones.
"Dia melakukan yang terbaik untuk menyembunyikan jenayahnya, dengan mengubah cara dia berulang kali mencederakan bayi dalam jagaannya," katanya. - REUTERS
SOURCE: Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date