Identiti rider terbakar nahas pesawat dikenal pasti, Polis datang rumah ibu bawa khabar duka selepas Maghrib

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Mangsa yang berumur 30-an berasal dari Sidam, Kedah.
(📸 ©mstar)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


'Ada tak rakan terdekat yang boleh buat pengecaman mayat abang dulu'

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
MUHAMAD Hafiz (depan, kanan) bergambar bersama keluarganya termasuk Norhikmah (berdiri kanan).
(📸 ©Ihsan keluarga.)
"Abang saya terbabit dalam nahas pesawat di Subang (Elmina, Shah Alam), ada tak rakan terdekat yang boleh tolong buat pengecaman mayat?

Demikian pesanan dititipkan Norhikmah Muhammad Salleh, 26, adik kepada penunggang motosikal yang dilaporkan maut dalam kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 2.40 petang semalam.

Norhikmah menitipkan pesanan itu sementara dia sekeluarga dari Sungai Petani, Kedah, menuju ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor, bagi proses pengecaman mayat abangnya, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Muhammad Hafiz dipercayai penunggang motosikal yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam.
(📸 ©KOSMO!)
"Saya adik kepada Muhamad Hafiz. Abang saya terbabit dalam kemalangan pesawat terhempas di Subang. Ada tak kawan terdekat yang boleh tolong ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang untuk pengecaman mayat?

"Kami sekeluarga dalam perjalanan dari utara (Taman Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah)," katanya menerusi mesej ringkas dihantar kepada kumpulan WhatsApp beberapa pekerja p-hailing berpangkalan di Subang Bestari di sini.

Muhamad Hafiz adalah pekerja p-hailing yang kebetulan lalu di lokasi kejadian dan menjadi antara 10 mangsa yang maut akibat kejadian itu.

Pesawat peribadi itu berlepas dari Langkawi, Kedah dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, pada jam 2.50 petang, namun terhempas dua minit sebelum waktu pendaratan.

Sementara itu, Norhikmah ketika dihubungi berkata, berita pemergian abangnya itu hanya diketahui selepas keluarganya menerima panggilan telefon daripada pihak berkuasa, selepas selesai solat Maghrib.

Beliau sekeluarga mengakui terkejut dengan insiden menimpa abangnya itu, namun reda dengan ketentuan Ilahi.

"Ibu dan ayah pesan supaya kami reda dengan pemergian abang, meminta kami semua doakan supaya semua urusan beliau dipermudahkan.

"Kami sekeluarga kini tiba di Sungai Bakap, Pulau Pinang dan sedang menuju ke HTAR di Klang bagi urusan pengecaman arwah abang.

"Jenazah abang akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Taman Sidam Kiri, Sungai Petani, sejurus selesai semua prosedur," katanya kepada BH, malam tadi.

Norhikmah berkata, Muhamad Hafiz yang juga anak sulung daripada lima beradik itu ada menyatakan hasrat pulang ke kampung bagi membuat persiapan kenduri ketika menghubungi bapanya, minggu lalu.

"Abang ada kata mahu pulang 20 Ogos ini, kami sekeluarga mahu buat persiapan sempena perkahwinan kakak yang dijadual berlangsung 26 Ogos.

"Namun, Allah lebih menyayangi abang. Walaupun seorang yang pendiam dan tegas, tetapi dia sangat penyayang," katanya.

IDENTITI penunggang motosikal yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam, dikenal pasti sebagai Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang berasal dari Sidam, Kedah.

Menurut sepupu mangsa, Nurul Nazihah, Allahyarham yang juga lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhijrah ke ibu kota dan kini bekerja sebagai rider penghantar makanan.

Bercakap kepada mStar, Nazihah berkata dia menonton rakaman tular memaparkan rider itu rentung terbakar, namun tidak menyangka mangsa merupakan ahli keluarga sendiri.

"Pukul 4 petang tadi saya ada tonton video nahas pesawat. Saya tengok video rider terbakar. Memang sedih... saya kata pada diri, kenapa la dia lalu masa kejadian. Kesian tengok terbakar atas jalan.

"Lepas Maghrib baru tahu mangsa sepupu saya. Polis ke rumah ibunya, sekarang ibunya dalam perjalanan ke ibu negara. Sampai sekarang saya tak berani nak call ibunya. Takut dia tak boleh nak bercakap," ujarnya.

Menurut Nazihah, mangsa yang berusia 30-an merupakan anak sulung daripada lima beradik dan sepatutnya pulang ke kampung halaman bagi menghadiri kenduri keluarganya minggu depan.

"Dia dah lama kerja di Kuala Lumpur. Dia kerja rider. Dah habis belajar dalam tahun 2017. Memang rapat, baru saja jumpa di kampung masa raya Qurban. Saya duduk Kulim, ibu arwah di Sidam. Kampung kami pula di Baling.

"Minggu depan kenduri kahwin adik dia. Sepatutnya dia balik minggu depan. Memang sedihlah. Masa raya tu kali terakhir jumpa. Dia jenis soft spoken, sembang tak merapu.

"Minta tolong semua doakan yang baik-baik, diampunkan dosanya, dan dikurniakan syurga buatnya," ujar Nazihah lagi.

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Arwah Hafiz atau Apit (kanan) bersama rakan-rakannya.
(📸 ©mStar)

Terdahulu, mStar melaporkan 10 individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina.

Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis.

SOURCE: mstar

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.