Nahas Elmina: Senarai nama 10 mangsa dikenal pasti

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Antara gambar mangsa-mangsa di dalam pesawat tersebut yang sempat dikongsi di media sosial.
(📸 ©KOSMO)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Tragedi pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam 17 Ogos lalu mengorbankan 10 mangsa termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun. Menurut Ketua Polis Selangor, identiti kesemua mangsa nahas telahpun disahkan dan tiada lagi mangsa lain yang terbabit. Kesemua jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarga untuk disemadikan. Pihak polis juga sudah merakam keterangan tiga pemilik ‘dashcam’ yang merekod kejadian berkenaan.
(📸 ©BERNAMA)

Foto kenangan terakhir sebelum nahas

SUBANG – Lapan senarai nama mangsa yang terkorban terlibat dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV yang terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam, Selangor, petang tadi, dikesan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook Anthony Loke, berkata, antaranya ialah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim.

“Enam penumpang terlibat ialah Datuk Seri Johari Harun, Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamed Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki, Idris Abdol Talib @ Ramali.

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Gambar dipercayai dirakam dalam pesawat Beechcraft sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, petang tadi.
(📸 ©Tular sosial media )

“Dua lagi mangsa yang merupakan penunggang motosikal dan pemandu kereta, belum dapat dikenal pasti,” katanya ketika sidang akhbar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor, sebentar tadi.

Namun tegasnya, nama-nama dan identiti mangsa terlibat hanya boleh disahkan selepas selesai proses bedah siasat yang sedang dijalankan ke atas semua mangsa ketika ini.

Berikut adalah senarai penuh mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat ringan di Elmina:

Kru pesawat

1.Shahrul Kamal Bin Roslan, 41 (PIC)
2.Heikal Aras Bin Abdul Azim, 43 (SIC)

Penumpang

1.ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun, 53.
2.Khairil Azwan Jamaludin, 43.
3.Shaharul Amir Omar, 49.
4.Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, 35.
5.Mohammad Taufiq Mohd Zaki, 37.
6.Idris Abdol Talib @ Ramali, 41.


SOURCE: KOSMO! ONLINE

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.