23 tahun berdepan tuduhan mandul, berkat sabar wanita dikurniakan baby pada usia 41 tahun

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Norehan mempunyai dua orang anak angkat, masing-masing berusia 13 dan 14 tahun.
(📸 ©sinarharian.com.my)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



23 tahun menanti zuriat pertama

SETELAH sekian lama berdepan tohmahan orang sekeliling dan dituduh mandul, Norehan Sulaiman, 42, akhirnya dan suami dikurniakan ‘hadiah’ yang sangat berharga.

Wanita yang juga peniaga makanan itu bersyukur apabila dikurniakan zuriat pertama selepas 23 tahun mendirikan rumah tangga.

“Saya dan suami tidak mandul kerana lepas dua tahun kahwin, kami berjumpa pakar dan pemeriksaan lanjut menunjukkan kami tidak mempunyai sebarang masalah pada sistem pembiakan.

“Namun pada masa itu kami belum ada rezeki nak timang anak sendiri. Macam-macam orang cakap tuduh kami mandul.

“Tak sangka umur dah 41 tahun baru hamil dan sekarang umur anak baharu masuk empat bulan selepas saya bersalin 8 April lalu secara pembedahan,” ujarnya.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Norehan menimang cahaya mata pertama selepas 23 tahun hidup berumah tangga..
(📸 ©sinarharian.com.my)
Ceritanya mengenai kehamilan tersebut, pada mulanya dia hanya mengalami simptom seperti lesu, kurang selera makan dan kitaran haid tidak teratur.

Rentetan daripada itu, dia tergerak hati untuk membuat pemeriksaan air kencing menggunakan kit ujian kehamilan dan akhirnya keputusan menunjukkan ‘dua garis’.

Ujar Norehan, sebelum ini ketika perkahwinan mereka menganjak 10 tahun ini, dia dan suami mengambil dua anak angkat lelaki serta perempuan sebagai penyeri hidup yang kini berusia 13 dan 14 tahun.

“Saya dan suami sangat gembira kerana kedua-dua anak angkat sangat akrab dengan adik mereka, Aisy Mateen Mikhael Sohimy,” katanya.

Buat pasangan suami isteri yang belum dikurniakan anak, sabar dan tabahlah untuk menerima rezeki daripada ALLAH. Berkat sabar dan usaha insya-ALLAH, ALLAH bantu.

SOURCE: sinarplus.sinarharian.com.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.