Bekas kapten Kedah dan Sabah ajak rakyat Malaysia berhijrah demi perjuangkan agama dan bangsa.
Baddrol sudah mula ‘panas badan’ jadi calon DUN Gurun
ALOR SETAR: Dari arena sukan beralih ke dunia politik apabila nama bekas kapten pasukan bola sepak Lang Merah, Baddrol Bakhtiar diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) Kedah.
Baddrol Bakhtiar dilihat semakin aktif di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun.
Perkara itu diumumkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Sanusi Md Nor pada Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional (PN) Kedah di Kompleks Pas Kedah pada Rabu.
Pengumuman itu sekali gus menjawab teka teki berhubung nama pemain bola sepak itu yang sebelum ini disebut bakal menjadi salah seorang calon PN di Kedah.
PRN Kedah: Baddrol, Radhi Mat Din sah calon PN di Gurun, Alor Mengkudu
Selain Baddrol, seorang lagi legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din turut diumumkan bertanding bagi kerusi DUN Alor Mengkudu.Radhi yang ketika ini memegang jawatan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Lada, pernah menjadi calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, namun tewas di Parlimen Pokok Sena.
Sebelum ini, Baddrol yang juga merupakan tunjang kepada pasukan Sabah FC membuat keputusan untuk berundur dari pasukan itu setelah menzahirkan hasrat untuk menyertai politik tanah air.
Baddrol dijangka berdepan saingan sengit di Gurun apabila beliau bakal berdepan dengan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Mohammed Firdaus Johari (PKR).
Nama kedua-dua bintang bola sepak tanah air itu juga sebelum itu telah disebut-sebut oleh Sanusi apabila memberi bayangan wujud dua nama pemain bola sepak yang akan mewakili PN pada PRN15.
Untuk rekod pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, DUN Gurun dimenangi Johari yang mewakili Pakatan Harapan (PH) selepas meraih 10,732 undi, namun beliau mengosongkan kerusi itu susulan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Disember lalu.
“Dan terakhirmya kita mesti mempertahankan Menteri Besar yang sekarang ini banyak tentangan dan ujian yang beliau hadapi,” kata legenda bola sepak Kedah itu menerusi video yang dimuatnaik di Facebooknya.
Baddrol, 35, meninggalkan skuad Sabah baru-baru ini untuk menyertai politik.
Bekas kapten skuad muda negara yang meraih pingat emas Sukan Sea 2011 itu dikatakan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah mewakili Perikatan Nasional (PN).
Baru-baru ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata PN bakal meletakkan dua bekas pemain bola sepak sebagai calon dalam PRN di Kedah.
Seorang lagi bekas pemain yang disebut-sebut bakal dicalonkan ialah kapten Kedah era 1990-an iaitu Radhi Mat Din. – Malaysiapost
SOURCE: Malaysiapost
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date