Suspek (tengah) – KYODO NEWS.
Badan di hotel, kepala di rumah...
JEPUN: Seorang wanita berusia 29 tahun dan kedua ibu bapanya ditahan polis susulan penemuan mayat lelaki tanpa kepala di sebuah bilik hotel di Sapporo.
Kedua ibu bapa suspek masing-masing berusia 60 dan 62 tahun ditahan atas dakwaan berkomplot.
Bagaimana dan motif suspek yang juga dipercayai seorang pesakit mental bagaimanapun masih belum didedahkan.
Menurut laporan Kyodo News, mangsa Hitoshi Ura, 62 tahun memasuki sebuah bilik hotel di daerah Susukino pada jam 10.50 malam
Rakaman kamera litar tertutup CCTV menunjukan hanya seorang individu keluar dari bilik hotel berkenaan kira-kira tiga jam kemudian membawa sebuah beg pakaian.
Mayat mangsa ditemui dalam tab mandi pada 2 Julai lalu oleh kakitangan hotel selepas tiada individu mendaftar keluar dari bilik hotel terbabit
Selepas siasatan dijalankan, polis menemui kepala mangsa di rumah suspek dalam serbuan Isnin lalu. – KYODO NEWS
SOURCE: buletintv3
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date