'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
“Berehatlah, Sahabatku..” Perdana Menteri Sayu Dengan Pemergian Menteri KPDN, Salahuddin Ayub.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


“Berehatlah sahabatku”, Anwar sifatkan pemergian Salahuddin satu kehilangan besar.


Salahuddin sahabat saya yang setia.”
Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, sebentar tadi, sebagai satu kehilangan besar.

Perdana Menteri berkata, beliau amat terkesan dengan kehilangan Allahyarham yang merupakan seorang sahabat yang setia.

"Secara peribadi, ia satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga, dan saudara Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan yang panjang ini hingga ke akhir hayat. Jasa dan budinya tentu tidak termampu dibalas secara materi.

"Beliau dikenali kerana mempunyai sikap keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan mahupun lawan. Sosok yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah dan tanggungjawab.

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Perdana Menteri berkata, beliau amat terkesan dengan kehilangan Allahyarham yang merupakan seorang sahabat yang setia.
"Berehatlah, sahabatku..," katanya dalam kenyataan ringkas di Facebook beliau, malam ini.

Anwar berharap, keluarga Allahyarham diberi kesabaran tinggi atas kehilangan insan tersayang.

"Semoga Allah SWT memberi kesabaran yang tinggi buat keluargamu, mengampunkan segala dosamu dan semoga saudaraku, Salahuddin diberikan tempat yang istimewa di sisi-Nya, insya-Allah," katanya.


Terdahulu, media melaporkan Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, pada jam 9.23 malam.

Setiausaha Akhbarnya, Syakirin Husnal dalam satu kenyataan memaklumkan, jenazah Salahuddin sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibu Allahyarham di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai, Johor.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata penerbangan MAS akan membawa pulang jenazah Allahyarham dari Alor Setar ke Johor Bahru pada jam 1 pagi nanti.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.