Lebih 30 Tahun Menghiasi Industri Lakonan, Ridzuan Hashim Dilaporkan Meninggal Dunia
Ridzuan Hashim meninggal dunia ketika sarapan
Hilangnya sebutir bintang, pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi. Salam takziah buat keluarga dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah
KUALA LUMPUR: Aktor Ridzuan Hashim, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.
Berita pemergian aktor yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan bekas isteri yang juga pelakon, Didie Alias menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang ini.
"Saya mahu beritahu pada semua sahabat yang mengenali bekas suami, Ridzuan Hashim sudah kembali ke rahmatullah. "Pada sesiapa yang ingin melawat jenazah, arwah masih berada di HKL. Saya akan kemas kini maklumat di mana arwah akan dikebumikan.
"Saya mohon pada semua yang masih ada hutang bersama arwah boleh terus menghubungi saya dan ampunkan beliau," katanya menerusi hantaran video berdurasi 49 saat.
Sementara itu, pelakon Iman Zulkarnain yang juga anak saudara arwah Ridzuan itu berkata, arwah meninggal dunia ketika sedang bersarapan dengan anaknya di rumah.
"Arwah meninggal dunia di rumahnya di Bandar Tun Razak antara jam 11 sehingga 12 tengah hari ketika sedang bersarapan dengan anaknya.
"Dia jatuh dari kerusi makan dan anaknya terus membawa ke hospital. Bagaimanapun, arwah sudah pun menghembuskan nafas terakhir," katanya.
Iman memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
SOURCE: BH
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags