Sementara itu di media sosial, ramai netizen tidak melepaskan peluang mengucap tahniah kepada Najib dan sesekali mempersoalkan apakah benar dakwaan itu.
'Kalau silap, dia boleh betulkan' - Ketua Armada tak pasti Najib dah berbini baru, tapi ramai dah ucap tahniah
Bekas perdana menteri Najib Razak yang ditemui pihak media hari ini dilihat enggan mengulas mengenai gambar yang membabitkan dirinya yang didakwa telah membuka 'cawangan baru'.Ahli Parlimen Pekan berkenaan menjadi bahan perbualan ramai selepas Ketua Armada Bersatu mengucapkan tahniah kepadanya baru-baru ini di Facebook, mengundang pelbagai reaksi netizen.
Sebaik saja selesai perbicaraan berhubung dakwaan dia dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy terbabit dalam meminda laporan audit firma pelaburan negara itu, Najib terus berjalan ke arah keretanya di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.
Sebaik saja masuk ke kereta, beliau terus beredar dari perkarangan mahkamah dan pulang ke rumah.
Najib sebelum ini pernah dikatakan berkahwin dengan seorang wanita berusia 50-an. Wanita itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.
Sementara itu di media sosial, ramai netizen tidak melepaskan peluang mengucap tahniah kepada Najib dan sesekali mempersoalkan apakah benar dakwaan itu.
Tidak kurang juga ada yang mempertikaikan kesahihan gambar tersebut yang dipercayai telah disunting ekoran postur tangan wanita berkenaan kelihatan kabur.
Sama ada benar atau tidak, Wan Ahmad Fayhsal berkata, terpulang kepada Najib sendiri untuk menjawab cerita di sebalik gambar tersebut.
Media sosial dihangatkan dengan penularan gambar Najib bersama wanita yang didakwa isteri keduanya. Spekulasi itu bertambah panas apabila Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mengucapkan tahniah kepada bekas perdana menteri itu secara terbuka di media sosial.
Bagaimanapun, Wan Ahmad Fayhsal berkata, sekiranya perkara itu tidak benar, Ahli Parlimen Pekan boleh jawab dan menafikan serta-merta.
"Kalau saya silap, dia boleh jawab dan betulkan. Tetapi kalau betul, baguslah. Saya doakan kebahagiaan dia," katanya.
Wan Ahmad Fayhsal terdahulu memuat naik ucapan itu di ruang komen Facebook Najib yang memuat naik statusnya bersama Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon.
"Bukan saya sahaja, satu Malaysia pun tertanya-tanya. Setakat ini Datuk Seri Najib pun belum menjawab menjelaskannya. Saya tiada apa-apa motif pun, perkara baik apa salahanya. Kena tanya tuan badan itu sendiri (sahkan). Kalau betul, saya doakan dia bahagia," katanya.
Selain itu, timbul pula dakwaan yang mengatakan gambar itu berkemungkinan besar telah disunting berikutan postur tangan wanita berkenaan seperti kabur.
"Macam photoshop je gambar ni. Asal tangan bini dia kabur? Posture tangan pun pelik," kata netizen.
Untuk pengetahuan umum, Najib pernah mendirikan rumah tangga bersama dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar pada 1976 semasa berumur 23 tahun. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada 1987,.
Najib kemudian berkahwin dengan Rosmah Mansor dan dikurniakan dua cahaya mata.
Menurut laporan MalaysiaKini, dakwaan yang sama pernah tersebar kononnya Najib berkahwin dengan seorang wanita berusia 50 tahun. Wanita itu bagiamanapun tampil membuat penafian dan laporan polis.
Photo: 3 anak dan seorang menantu. Malu Apa BossKu! Tahniah bosssskur 😁 Cantik kek bossku
Semalam berlegar gambar magis ini di Media Sosial. Wanita ini selain dari Abam kenali di Media Sosial juga Abam kenali kerana anak-anaknya bersekolah di sekolah yang sama dengan anak-anak Abam. Cuma anak²nya senior 2-4 tahun dari my eldest son. Bukan kaleng-kaleng. Ex Stewardess you. Dan sejak berita perkahwinannya juga semua akaun Media Sosialnya juga telah ditutup.
Dalam Wall Salim Iskandar atau Parpu Kari mengesahkan bahawa gambar itu adalah Zara Shima, 53 tahun atau Hashimah Ramli adalah bekas isteri Fauzi Marzuki, komposer terkenal yang telah bercerai pada 2013, dengan talak satu.
Kata Parpu Kari juga Zara Shima adalah bekas pramugari, bekerja dengan AIA, sebagai konsultan kewangan dan merupakan salah seorang konsultan yang berjaya.
If Abam not mistaken, berita perkahwinan bossku juga dah lama juga kedengaran. I couldn't recall when, sejak di remove dari Groups Thousand Warriors, banyak info tak dapat tapi might be 2 years ago. So as for me, biasa sahaja. Tak terkejut pun cuma public mungkin terkejut sebab depa tahu Kak Ros punya garang MasyaAllah...
Cybertrooper Bossku pun ok saja, depa tak nafikan most them ok kot. Asalkan jangan kahwin dengan jantan kata a few of them.
Abam on the other hand rasa bangga. Taste kita sama. Putih, Gebu, Seksi dan beriman. Teringat juga Pilot Bossku pernah tanya Abam mengenai Pompuan ini. Samada dia genuinely tak tahu atau saja damage control, katanya tak mungkin Bossku kawen dia tak tahu sebab depa almost 24-7 dengan Bossku.
So, kesimpulannya baguslah kalau Bossku kahwin. Dia deserve sedikit kebahagiaan di balik pepohon nan hijau. At least ada juga sedikit senyuman dan debaran menunggunya di setiap malam Jumaat. Kau orang?🤣😂 Dah kalau berani pi kahwin lagi. Bossku ternyata lelaki sejati dan berani. Sumber: Malaysia Post, MalaysiaKini
SOURCE: TR
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date