Kerajaan setuju benarkan pencarum KWSP keluar RM10,000
Kerajaan benarkan pengeluaran khas RM10,000 KWSP
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas RM10,000 lagi daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk pengeluaran caruman KWSP.
"Justeru, pada hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000," katanya pada sidang media, di Putrajaya.
Menurutnya, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
“Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan,” katanya.
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang berjumlah RM101 bilion. Ia melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.
SOURCE: MK
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date