Tiada lagi keperluan imbas suhu badan, hanya perlu 'scan' MySejahtera - Hishammuddin

Picture
Pihak pemilik premis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod daftar masuk di pintu-pintu masuk premis masing-masing. - Gambar hiasan

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



SOP periksa suhu dimansuhkan 11 Feb ini

KUALA LUMPUR : Individu yang ingin memasuki mana-mana premis tidak lagi perlu mengimbas suhu mulai Jumaat ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Picture
HISHAMMUDDIN ketika sidang media khas. FOTO Aizuddin Saad

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebaliknya setiap individu hanya memadai dengan merekodkan butiran diri menerusi imbasan aplikasi MySejahtera.


"Selepas mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan (KKM), Mesyuarat Kuartet hari ini menetapkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod check in akan dimansuhkan bermula 11 Februari," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di sini, pada Selasa.



Dengan pemansuhan ini, Hishammuddin memberitahu, pihak pemilik premis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod daftar masuk di pintu-pintu masuk premis masing-masing.


Bagaimanapun katanya, sekiranya pemilik-pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod check in ini, kerajaan mengalu-alukan dan menggalakkannya.

SOURCE: AWANI

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.