Balu Allahyarham Abam, Hidayah Foto Instagram
Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 pada isteri Abam Bocey
Kuala Lumpur: Kontroversi panas yang membabitkan pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali akhirnya terjawab apabila keputusan kes saman fitnah yang difailkan balu Allahyarham Abam Bocey itu berpihak kepadanya.
Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar, Siti Nor Hidayah
Hidayah ketika ditemui di Mahkamah Sesyen, di sini, berkata, dia berasa lega dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat dia dan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Ali Puteh (kanan) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen di sini selepas selesai prosiding kes, hari ini.
"Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya. Alhamdulillah saya dah rasa lega," katanya ringkas.
ALI Puteh ketika sidang media selepas keputusan kes samannya terhadap Datuk Seri Alif Syukri dan kakak iparnya. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Sementara itu, peguam yang mewakili Hidayah dari Tetuan Ibrahim & Fuaadah, Mohamed Ibrahim Mohamad berkata, kemenangan itu sekali gus berjaya membersihkan nama serta reputasi keluarga Hidayah.
"Alhamdulillah mahkamah hari ini memberikan keputusan yang mana ia berpihak kepada anak guam kami. Tuntutan keluarga arwah Abam dan Ali terhadap anak guam saya, Hidayah ditolak dengan kos.
Nor Hidayah Mohd Ali, balu kepada Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam, selepas keputusan kes saman oleh adik iparnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
"Manakala, tuntutan kami terhadap Ali telah dibenarkan dengan kos juga, ganti rugi RM60,000 telah dipersetujui oleh mahkamah untuk dibayar kepada Hidayah.
Ali Puteh ketika sidang media selepas keputusan kes samannya terhadap Datuk Seri Alif Syukri dan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
"Kami percaya keputusan ini telah membersihkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami dan berharap selepas ini tiada lagi.
"Sebelum ini ada kenyataan dibuat seolah-olah ada pihak dianiaya oleh anak guam kami, tapi hari ini mahkamah telah menjelaskan bahawa tiada berlaku sebarang penganiayaan, sebaliknya yang dianiaya adalah anak guam kami," katanya.
Kontroversi mula tercetus apabila Hidayah memfailkan saman terhadap Ali sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.
Saman yang dibuat Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.
Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
Pada 27 Ogos 2020 lalu, Ali memfailkan saman terhadap Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.
Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.
SOURCE: HM
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.