Tun Abdul Taib menganugerahkan darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg. - Foto BERNAMA
Pandelela dianugerahkan gelaran Datuk
KUCHING: "Janggal." Itu perkataan pertama yang tercetus dari mulut Pandelela Rinong Pamg, kurang sejam bergelar Datuk.
Pendelela (kiri) dianugerahkan Datoship oleh Taib dalam satu majlis semalam. - Foto Penerangan
Menurutnya, dia tidak selesa tetapi harus membiasakan diri.
Gadis Bidayuh berusia 28 tahun dari Bau itu bagaimanapun berasa bangga setelah mendapat penghargaan yang tidak pernah dimimpikan.
Abdullah bersama Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong pingat Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran ‘Dato’ selepas majlis pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,.
Dia merupakan antara 17 penerima Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak di Bangunan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi Sabtu.
"Ini merupakan memori yang terindah," jelasnya lagi, yang pernah mendapat dua pingat kebesaran yang lain sebelum ini.
khabarbaik pada hari terbaik. Di Hari Sukan Negara hari ini, ratu terjun negara, Pandelela Rinong telah menerima anugerah Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran Dato’ kepada beliau. Tahniah, Dato’ Pandelela! Well-deserved. 🙌🏻 #KamiTeamMalaysia
Ratu Terjun Negara itu pernah menerima pingat Ahli Mangku Negara dan Jasa Bakti Sarawak pada 2016, susulan kejayaan mengutip perak dalam Olimpik Rio De Janeiro.
Nama jelitawan ini terus mekar setelah memenangi emas dalam Kejohanan Terjun Dunia di Jepun pada tahun ini, bagi acara 10 meter berirama.
Mula terlibat dalam sukan terjun sejak 20 tahun lalu, Pandelela berikrar menjadikan penganugerahan itu sebagai pembakar semangat buat dirinya untuk terus berjuang mengharumkan nama negara, khususnya Sarawak dalam bidang sukan terjun.
Pemenang pingat perak dan gangsa temasya sukan Olimpik berusia 28 itu antara 1,326 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena hari jadi ke-85 Abdul Taib.
“Ia memberi motivasi kepada saya untuk lebih bersungguh dalam membawa nama negeri dan juga negara” katanya kepada Astro AWANI.
Tinjauan mendapati berita mengenai Pandelela menerima penganugerahan ini mendapat reaksi positif pelbagai pihak, terutamanya daripada komuniti Bidayuh sendiri.
Pandelela merupakan ahli sukan pertama dari Sarawak yang memperoleh gelaran ini, pada usia semuda 28 tahun.
Tahniah diucapkan kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang menerima pingat Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran Dato bersempena Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-85 TYT YDP Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.
SOURCE: Awani
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.