Sah! Kerajaan Negeri Melaka tumbang

Picture
Empat ADUN yang menarik sokongan daripada kerajaan negeri iaitu Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



MELAKA: Teka-teki pergelutan politik di Melaka terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disebut-sebut terlibat, telah mengumumkan penarikan sokongan mereka sebentar tadi.

Selepas seminggu spekulasi melanda politik Melaka, hari ini kerajaan negeri itu diketuai Ketua Menteri Sulaiman Md Ali tumbang.

Dalam satu sidang media, bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron daripada Umno bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Picture
Idris Haron bersama tiga ADUN yang bersama kerajaan negeri Melaka sebelum ini mengumum hilang kepercayaan dan menarik sokongan mereka dalam satu sidang media hari ini. (Gambar Bernama)

Tiga lagi ADUN yang dilihat hadir pada sidang media adalah ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan.

“Kami dah tak menyokong kerajaan negeri dan meletakkan jawatan.

Ini bermakna kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali telah tumbang kerana hilang sokongan majoriti.


“Kami berempat menandakan kerajaan hari ini defisit sokongan. Pihak pembangkang bilangannya 11, tidak menyokong, tambah empat kami sekaligus kiraan itu menunjukkan kerajaan negeri hilang majoriti,” katanya.

Picture
Empat ADUN terbabit ketika mengumumkan penarikan sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka tadi

Idris berkata, beliau dan dua lagi Exco iaitu Norhizam dan Noor Effandi sudah meletakkan jawatan mereka.

Tambahnya, beliau bersedia terhadap sebarang tindakan yang akan diputuskan oleh pucuk pimpinan Umno susulan sidang media dan pengumuman yang dibuat beliau hari ini.

Terdahulu, FMT melaporkan spekulasi kerajaan Melaka yang diterajui Umno bakal tumbang bertiup kencang selepas empat ADUN daripada Barisan Nasional (BN) dan Bersatu didakwa akan menyokong Pakatan Harapan (PH).

Bercakap kepada FMT, sumber yang rapat dengan perkara itu berkata, perbincangan antara PH dan empat ADUN itu berlangsung sejak dua bulan lalu ketika ketegangan antara Umno dan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mencapai kemuncak. SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.