Pemergian Mamat Khalid kehilangan bakat tiada pengganti
Kuala Lumpur: Pengarah terkenal Mamat Khalid meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Slim River, Perak, awal pagi hari ini.Berita pemergian Mamat, 58, dikongsi menerusi Facebook Din Dressa.
"Dukacita dimaklumkan bahawa Mamat Khalid telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Slim River. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
"Jasa beliau dalam bidang perfileman amat dihargai lebih-lebih lagi dalam memperkenalkan watak Pembantu Perubatan dalam filem-filem arahan beliau" tulisnya.
Difahamkan, Allahyarham pengsan di restorannya, Sarang Art Hub di Tanjung Malim, Perak sebelum dikejarkan ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia.
Terdahulu Allahyarham pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.
Doktor kemudian mengesahkan beliau menghidap pneumonia.
Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan dan lima anak.
Jenazah akan dikebumikan di Ipoh, Perak, hari ini.
Pengarah hebat ini cukup disegani dan dihormati di arena perfileman tanah air dengan gaya pengarahan tersendiri.
Antara karyanya yang paling popular ialah Hantu Kak Limah, Zombie Kampung Pisang, Man Laksa, Rock Oo, Rock Bro, 16 Puasa, 17 Puasa, 18 Puasa Di Kampung Pisang dan banyak lagi.
Pemergian pengarah filem terkenal, Mamat Khalid merupakan satu kehilangan bakat yang tidak mungkin dapat dicari ganti, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau disahkan meninggal dunia pada 12.30 malam tadi di Hospital Slim River.
"Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mamat Khalid, penerbit, pengarah dan pelakon.
"Negara kehilangan bakat yang tidak mungkin ada pengganti.
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," katanya dalam ciapan di Twitternya.
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mamat Khalid, penerbit, pengarah dan pelakon. Negara kehilangan bakat yang tidak mungkin ada pengganti. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. https://t.co/DAjjq5nCqH
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) October 23, 2021
Dilaporkan, Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad bin Mohamad Khalid, 58 yang terkenal dengan filem arahannya seperti "Zombi Kampung Pisang" dan "Hantu Kak Limah', telah rebah di kafenya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia.
Menurut Hafiz, arwah dijangka akan dikebumikan di satu lokasi di Ipoh pagi Ahad.
Nada sedih yang sama turut dizahirkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam Twitternya;
"Al Fatihah. Moga Allah tempatkan Abang Mamat Khalid dalam kalangan mereka yang dirahmati olehNya".
Al Fatihah.
— Rina Mohd Harun (@RinaMohdHarun) October 23, 2021
Moga Allah tempatkan Abang Mamat Khalid dalam kalangan mereka yang dirahmati olehNya. https://t.co/zp5xMZrDHe
Beberapa rakan selebriti yang rapat dan mengenali arwah turut melahirkan perasaan dukacita dan terkejut seperti pelakon Que Haidar yang menghantar ciapan dalam Twitter: "Antara pengarah terawal mengesan bakat saya. Al Fatihah untuk Abang."
Antara director terawal yg mengesan bakat saya. Bermula dgn 1 commercial Putrajaya dan seterusnya menghadiahkan saya Amy Mat Piah juga Deris. Al fatihah untuk Abang 🙏🏻💔 https://t.co/53cHX3ZEd4
— Que Haidar (@que_haidar) October 23, 2021
Sharifah Amani dalam hantarannya di Twitter : "Thank you Abang Mamat for the years of love and dedication towards your craft and country. You will be truly missed. (Terima kasih Abang Mamat untuk cinta dan dedikasi anda kepada seni dan negara buat sekian lama. Anda akan sentiasa dirindui). Semoga tenang disana. Salam takziah buat keluarga dan sahabat tercinta. Al Fatihah".
Innalillahiwainnailaihirojiun. Such a huge loss for our art and film family. Thank you Abang Mamat for the years of love and dedication towards your craft and country. You will be truly missed. Semoga tenang disana. Salam takziah buat keluarga dan sahabat tercinta. Al Fatihah 🤍 https://t.co/YS2AHmngxi
— Sharifah Amani 🇲🇾 (@sharifahamani) October 23, 2021
-- BERNAMA
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date