Individu lengkap vaksin tak perlu pakai pelitup muka

Picture
Arab Saudi mengumumkan individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam. - Foto AFP

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Arab Saudi umum individu lengkap vaksin tak perlu pakai pelitup muka

JEDDAH: Menteri Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam.

Picture
Umat Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi dengan melaksanakan penjarakan fizikal, berikutan penularan wabak Covid-19 di Madinah, Arab Saudi. - Gambar Reuters

Bagaimanapun, arahan itu tidak terpakai di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah kerana semua pengunjung masih wajib memakai pelitup muka, lapor Arab News.


Selain itu, kelonggaran turut diberikan apabila penjarakan fizikal bukan lagi satu kewajipan semasa majlis sosial termasuk semasa berada di dalam pengangkutan awam, restoran dan pawagam.

Dewan perkahwinan turut dibenarkan beroperasi mengikut kapasiti penuh.


Langkah pencegahan masih dikekalkan di beberapa tempat seperti semakan suhu dan status kesihatan menerusi aplikasi Tawakkalna.

Sektor awam dan swasta masih perlu menyediakan pencuci tangan kepada pengunjung. - AGENSI

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.