ACEH: Ketua Daerah Aceh Selatan, Amran memaklumkan pihak pemerintah akan bertanggungjawab menanggung kos rawatan melibatkan wartawan Harian Rakyat Aceh, Fathayat Ahmad yang lumpuh selepas menerima vaksin Covid-19.
KEADAAN Fathayat Ahmad yang masih terbaring di rumah saudaranya di Banda Aceh. - AGENSI
Pada 12 Julai lalu, Fathayat disuntik vaksin di Samadua dan sejam selepas itu, dia menggigil kesejukan.
Sebelah malam pula, dia dilanda demam dan perutnya sakit, kaki menjadi kebas dan pergelangan tangannya berdenyut-denyut.
Bagaimanapun, keadaan dirinya ketika itu masih normal dan stabil.
Namun, dua minggu kemudian, otot-ototnya terasa sakit dan 30 Ogos lalu, dia menerima rawatan di hospital selama 10 hari.
Menurut ahli keluarganya, selepas itu, lelaki itu dirujuk ke Hospital Umum Banda Aceh selepas keadaannya belum menunjukkan sebarang perubahan.
“Selepas dirawat selama 12 hari di hospital itu, keadaan dirinya juga belum baik. Menurut doktor, kegagalan vaksin itu menyebabkan keadaannya lebih lemah,” kata keluarganya.
Sehingga kini, dia tidak dibenarkan pulang ke Tapaktuan dan perlu menjalani terapi di hospital tersebut.
SOURCE: Utusan
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date