Wanita dakwa dirinya tertukar ketika dilahirkan terima pampasan RM2.2 juta

Betapa teruknya kesalahannya seorang jururawat Mekah selama 3 dekad yang lalu menjadikan kehidupan 2 bayi terbalik

Wanita dakwa tertukar ketika bayi terima pampasan RM2.2 juta

RIYADH: Seorang wanita 35 tahun Arab Saudi, telah menemui status dirinya dan mengetahui bahawa dirinya ketika bayi telah tertukar dengan bayi orang lain dengan tidak disengajakan ketika dilahirkan di salah satu hospital bersalin di Mekah.

Oleh itu dia diberi bayaran pampasan sebanyak dua juta riyal (RM2.2 juta).

Selama 3 dekad baru tahu bukan dibesarkan keluarga Sebenar

Lapor al-Arabiya, majlis aduan memutuskan wanita itu berhak mendapat ganti rugi kerana kesalahan yang tidak disengajakan itu.

Hospital tempat wanita itu dilahirkan didakwa menyerahkannya kepada keluarga yang salah dan dia dibesarkan dalam keadaan miskin sedangkan keluarga asalnya adalah berada.


Selepas dewasa, wanita itu menyedari penampilan serta personalitinya amat berbeza dari keluarganya.

Sehubungan itu, dia melakukan ujian sid deoksiribonukleik (DNA) selepas berkahwin dengan seorang lelaki dari keluarga yang membesarkannya.


Selepas mengetahui keluarga itu bukan darah dagingnya, wanita itu mengemukakan tuntutan ganti rugi ke Mahkamah Awam Mekah, selain mendakwa dia tidak sempat berjumpa dengan ibu kandungnya yang sudah meninggal dunia.

Kongsikan artikel ini:


***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.