Bayi 16 bulan ditumbuk, dicucuh puntung rokok, ditekap seterika oleh ibu dan bapa tiri

Gambar hiasan

Bayi 16 bulan disyaki mangsa dera ibu dan bapa tiri

Tampin: Bukan sahaja ditumbuk pada muka, malah seorang bayi berusia setahun empat bulan terpaksa menahan kesakitan apabila turut dicucuh puntung rokok.

Selain itu, terdapat juga kesan ditekap dengan seterika pada badan bayi lelaki berkenaan.


Itu kecederaan dialami seorang bayi lelaki yang dipercayai didera ibu dan bapa tiri di Felda Jalor Air Kuning Selatan, di sini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, polis menahan ibu bapa bayi terbabit sebuah klinik kesihatan selepas menerima laporan daripada seorang doktor yang merawat mangsa, pada 25 Ogos lalu.

"Seorang doktor dari sebuah klinik kesihatan membuat laporan memaklumkan menerima pesakit seorang bayi lelaki dalam keadaan lebam pada mata dan terdapat kesan seterika di belakang badan disyaki didera.


"Susulan maklumat itu, polis menangkap ibu bapa mangsa, masing-masing berusia 17 dan 23 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, lelaki berkenaan mengaku memukul dan menumbuk muka mangsa selepas berang kerana menangis, selain mengaku mencucuh rokok di tapak kaki sebelah kiri.

"Suami isteri itu kemudiannya membawa mangsa ke klinik kesihatan terbabit kerana mangsa mengalami sesak nafas.


"Mangsa dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah untuk rawatan lanjut dan diberikan bantuan pernafasan.

"Mangsa kini dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di HTAN," katanya.

Katanya, suspek lelaki direman sehingga 6 September, manakala ibu mangsa dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.