VIDEO: Pancaran cahaya UFO gegarkan penduduk China |
BEIJING – Satu rakaman memaparkan cahaya terang didakwa dipancar dari objek terbang tidak dikenali (UFO) melintasi sebuah lapangan terbang di China, sekali gus menimbulkan rasa panik dalam kalangan penduduk tempatan, lapor akhbar The Sun, semalam.
Pemandangan yang menakutkan itu berlaku di bandar Shenyang awal minggu ini dan dirakam oleh orang ramai di sekitar kawasan lapangan terbang.
Pancaran cahaya aneh yang tular di Shenyang, China didakwa dipancar dari kapal UFO. - The Sun |
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dengan pelbagai spekulasi muncul daripada orang ramai yang mendakwa bahawa ia adalah cahaya dari dunia lain di angkasa lepas.
Selain itu, ada juga yang mencadangkan bahawa cahaya itu mungkin adalah kesan penggunaan teknologi asing seperti hologram, bahkan berkemungkinan adalah portal ke dimensi lain.
Bagaimanapun, sebilangan netizen di laman perkongsian Reddit memberikan pendapat lebih munasabah iaitu cahaya itu mungkin biasan atau pantulan cahaya matahari.
Seorang pakar meteorologi tempatan Xia Chuandong kemudiannya menjelaskan bahawa awan tebal di kawasan itu telah mengaburkan struktur bangunan yang ada disebaliknya.
Hasilnya, wap air di udara membiaskan cahaya dan menghasilkan kesan pancaran cahaya aneh. – Agensi
SOURCE: Kosmo!
Kongsikan artikel ini: