Vaksin Covid-19 perlu untuk lindungi kanak-kanak

Picture
Seorang kanak-kanak sedang diberikan suntikan vaksin cacar di China. Negara itu akan mula menjalankan vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak seawal usia 3 tahun. - Foto AFP

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

COVID-19: China vaksinasi kanak-kanak seawal 3 tahun

Kuala Lumpur: Pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan dewasa sahaja tidak memadai kerana kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah juga perlu diberi perlindungan.

Picture
JAGA KANAK-KANAK: Ibu bapa dilihat menenteramkan anak mereka sedang kakitangan perubatan mendapatkan sampel ujian pemeriksaan Covid-19 dalam satu program pemeriksaan percuma di Rawang, Selangor, pada 20 Mei lalu. - Foto EPA-EFE

Pakar Perunding Pediatrik Penyakit Berjangkit Hospital Raja Perempuan Zainab ll (HPRZII), Dr Nik Khairulddin Nik Yusoff berkata, perlindungan kepada kanak-kanak diperlukan berikutan penularan varian Delta

Menurutnya, suntikan vaksin kepada golongan dewasa adalah satu perkembangan baik, namun kanak-kanak juga perlu diberi perhatian kerana tidak terlepas daripada risiko dijangkiti wabak.

"Tahun lalu, sebanyak 12,620 kes dalam kalangan remaja bawah 18 tahun dijangkiti Covid-19 dengan enam rekod kematian.


"Sehingga Ogos lalu pula, seramai 310,000 remaja dijangkiti Covid-19 dengan 41 kematian.

"Walaupun bilangan kematian rendah berbanding dewasa, namun kenaikannya mendadak, jadi kanak-kanak perlu diberi perlindungan kerana dikhuatiri menjadi fokus jangkitan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Libat Urus Bersama Media secara maya bertajuk 'Keberkesanan Vaksin dan Vaksinasi dalam Kalangan Remaja'.

Picture
Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap seorang kanak-kanak. Foto Bernama

Menyentuh pemberian vaksin dalam kalangan remaja bawah 18 tahun, Dr Nik Khairulddin menyifatkan ia langkah baik dalam mengekang penularan pandemik dan melindungi kanak-kanak bawah umur tinggal bersama mereka.

"Penting untuk semua golongan dewasa dan remaja yang layak diberi suntikan vaksin.

"Ia bagi melindungi kumpulan anak kecil iaitu kanak-kanak yang tidak diberi vaksin, malah lebih 20 negara di seluruh dunia menjalankan program vaksinasi untuk remaja.

"Justeru, ramai individu perlu divaksin kerana keadaan kini berubah dan kanak-kanak antara golongan dikhuatiri menjadi fokus jangkitan seterusnya," katanya.


BEIJING: China menjadi negara pertama di dunia yang meluluskan penggunaan vaksin kepada kanak-kanak seawal tiga tahun selepas negara itu membenarkan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19, Sinovac Biotech Ltd kepada golongan berkenaan.

Tindakan itu dibuat selepas pelbagai laporan timbul mengenai risiko kanak-kanak dengan penyakit boleh menjangkiti seperti golongan dewasa.

Singapura, Hong Kong dan beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) sehingga kini membenarkan penggunaan vaksin COVID-19 terhadap kanak-kanak 12 tahun dan ke atas.

Namun, belum dapat dipastikan bila golongan dalam lingkungan usia itu akan menerima dos pertama vaksin dari China.


Ketua Pegawai Eksekutif Sinovac Biotech Ltd, Yin Weidong, berkata penyelidikan Fasa I dan Fasa II, membabitkan ratusan peserta yang menunjukkan vaksin Sinovac adalah selamat dan berkesan untuk kanak-kanak sebagaimana dewasa.

"Vaksin sama, jumlah sama dan proses sama boleh digunakan kepada kanak-kanak berusia dari tiga hingga 17 tahun.

"Pihak berkuasa kesihatan China akan ke depan dalam penggunaan vaksin untuk kumpulan usia berbeza secara teratur berdasarkan keperluan epidemik dan struktur populasi di China," katanya kepada stesen penyiaran, China Central. Sem


Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut meluluskan vaksin Sinovac dalam senarai penggunaan kecemasan pada Selasa lalu untuk individu berusia 18 tahun ke atas.

Kelulusan diberikan buat suntikan Sinovac adalah yang kedua kepada vaksin COVID-19 dari China selepas syarikat milik kerajaan, Sinopharm Group Co memperoleh kelulusan WHO bagi penggunaan kecemasan pada awal Mei.

Turut mendapat kelulusan bagi penggunaan kecemasan oleh WHO ialah Pfizer Inc dan BioNTech SE, AstraZeneca Plc, Johnson & Johnson and Moderna Inc. - BLOOMBERG

SOURCE: Harian Metro , Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.