Anak Nazrief Nazri berusia 2 bulan positif Covid-19
Pelakon Nazrief Nazri bingung dan tidak mengetahui punca bayi lelakinya yang baru berusia dua bulan dijangkiti Covid-19, Selasa lalu.Nazrief berkata, berita menyedihkan itu dimaklumkan pihak hospital selepas dia dan anak sulungnya itu, Noah menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum proses berkhatan yang dijadualkan hari ini.
Tangkapan skrin dari kisah Instagram Nazrief. - Tangkapan skrin melalui Instagram / Nazrief Nazri
"Saya tak tahu macam mana nak hadapinya sebab melihat keadaan Noah, dia sihat saja. Namun, apabila doktor hubungi memaklumkan Noah positif Covid-19, ia memang merisaukan saya.
"Sepatutnya hari ini Noah akan berkhatan tapi ketika bertemu doktor untuk pemeriksaan Selasa lalu dan perlu menjalani ujian calitan. Namun, selepas itu doktor memaklumkan Noah positif virus itu.
"Sejujurnya saya tak tahu bagaimana Noah boleh dijangkiti sebab saya dan isteri negatif Covid-19. Malah kami tak pernah bawa Noah ke mana-mana melainkan dalam kawasan rumah saja.
"Noah pun tak pernah jumpa sesiapa kecuali kakitangan hospital semasa membuat pemeriksaan dan berpantang dulu. Saya pun tidak mahu menuduh sesiapa, cuma agak hairan tiba-tiba dia positif Covid-19," katanya.
Menurut Nazrief, buat masa ini Noah berada dalam keadaan baik dan mereka akan menjalani kuarantin di rumah sehingga 30 September ini. "Setakat ini dia tidak demam, cuma tekak dia seperti berkahak sikit. Saya harap dia okay dan kuat melalui semua ini. Walaupun dia sihat, tapi sebagai ibu bapa kami tetap risau dengan keadaannya. Sekarang ini saya masih menanti panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya. Nazrief berkata, seeloknya Noah menjalani kuarantin di rumah saja kerana bimbang jika di pusat kuarantin dia terdedah dengan varian yang lebih berbahaya.
"Lagipun Noah sekarang masih menyusu badan. Jadi dia perlukan ibunya di sisi. Kami pun dah buat sedikit bacaan yang isteri saya masih boleh menyusukan anak kerana dia negatif," katanya.
Menurut Nazrief, dia bersama isteri juga sudah lengkap dua dos vaksin.
Mereka berkahwin pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung mereka pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.