Stephen Chow Gadai Rumah Mewahnya RM610 Juta Kerana Berdepan Masalah Kewangan

Luar biasa kekayaan Stephen Chow ini. Kemungkinan besar wang tersebut akan digunakan beliau untuk Kung Fu Hustle 2.

AKTOR serta direktor ternama Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan telah menggadaikan rumah agam miliknya yang terletak di The Peak, kawasan kejiranan termahal di Hong Kong selepas dilaporkan berdepan masalah kewangan.

Stephen Chow dilaporkan menggadai rumahnya yang terletak di 12 Pollock Path, salah satu jalan termahal di Dunia pada bulan Mac yang lalu, ketika pandemik COVID-19 memuncak di Asia.

Dilaporkan seorang pembeli telah pun berminat untuk membeli rumah tersebut. Rumah agam berkenaan mempunyai keluaran 5,711 kaki persegi dan mempunyai pemandangan cantik bandar Hong Kong dari atas bukit dan mempunyai nilai pasaran HKD 1.1 bilion (RM610 juta).
Tetapi, Chow tidak bercadang untuk menjual rumah tersebut. Menurut laporan, rumah berkenaan adalah salah satu hartanah kegemarannya yang dibeli pada harga HKD320 juta (RM176 juta) pada tahun 2004.

Ini bukanlah kali pertama Chow berbuat demikian dan media di Hong Kong dan China berpendapat tujuan Chow menggadai rumahnya adalah untuk mancari dana bagi menghasilkan filem baharu di masa akan datang.


Filem arahan beliau tahun lalu, New King Of Comedy tidak mendapat sambutan di China dan cuma membuat kutipan 632 juta Yuan (RM376 juta) di pasaran China berbanding filem The Mermaid tahun 2016 yang membuat kutipan sangat baik, 3.38 bilion Yuan (RM2 bilion) di China.

Stephen Chow pernah digelar ‘King Of Real Estate Speculation’ apabila bijak membuat pelaburan di Hong Kong. Sebagai contoh pada tahun 2004, beliau telah membeli satu lot kedai di Tsim Sha Tsui pada harga HKD210 juta (RM115 juta) dan menjual semula hartanah berkenaan 6 tahun kemudian pada harga HKD320 juta (RM176). Keuntungan dalam RM61 juta dalam masa 6 tahun sahaja.

Kemungkinan besar wang daripada rumah tersebut akan digunakan untuk penggambaran Kung Fu Hustle 2.

Stephen Chow Sahkan ‘Kung Fu Hustle 2’ Sudah Mulakan Penggambaran Selepas 15 Tahun

Rasanya peminat filem Kung Fu Hustle akan tersenyum gembira dengan berita ini. Penantian selama 15 tahun akan berakhir kerana filem sekuel Kung Fu Hustle dikhabarkan akan menemui peminatnya.

Sebelum ini, Stephen Chow pernah sahkan bahawa akan tampil dengan karya lucu Kung Fu Hustle 2 pada tahun 2005 setahun selepas tayangan filem Kung Fu Hustle.


Akan tetapi, penghasilan sekuel filem ini tertangguh kerana berlaku beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan seperti pengarah sibuk dan sebagainya. Difahamkan, filem sekuel ini sedang dalam penggambaran dan hal ini disahkan sendiri oleh pengarahnya Stephen Chow.


Filem sekuel Kung Fu Hustle 2 ini akan berlatar belakangkan zaman moden dan Stephen Chow hanya akan muncul sebagai cameo sahaja dalam filem ini. Pasti peminat akan berasa sedikit kecewa akan perkhabaran ini.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.