Rentas daerah dibenarkan di KL, Putrajaya dan Selangor bermula Jumaat ini. |
PUTRAJAYA - Lembah Klang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula pada Jumaat ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 turut memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.
"Maka, pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Kongsikan artikel ini:
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.