Pesawat berpatah balik penumpang tertinggal anak

Penerbangan SV832 dari Jeddah ke Kuala Lumpur, berpatah balik selepas seorang ibu warga Arab Saudi memberitahu kru kabin beliau tertinggal anaknya di kawasan berlepas di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz.

DUBAI: Sebuah pesawat Saudia terpaksa berpatah balik apabila seorang ibu mengadu tertinggal anaknya di lapangan terbang.

Kejadian pelik itu berlaku hujung minggu lalu apabila pesawat Saudia terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang selepas seorang penumpang mengadu tertinggal anaknya di lapangan terbang.


Penerbangan SV832 dari Jeddah ke Kuala Lumpur, berpatah balik selepas seorang ibu warga Arab Saudi memberitahu kru kabin beliau tertinggal anaknya di kawasan berlepas di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz.

Rakaman video yang tular menunjukkan juruterbang meminta kebenaran untuk berpatah balik ke lapangan terbang, sambil bercakap menggunakan operator ATC yang terkejut dan terpaksa meneliti protokol yang perlu dipatuhi untuk mengendalikan kejadian itu.https://5eb9ad43a690e291d63047da510c4f8d.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html?n=0

“Semoga Tuhan bersama kita. Boleh kami berpatah balik atau bagaimana,”? tanya juruterbang yang kedengaran bercakap dengan pengawal trafik udara.


Pengawal yang mengesahkan nombor penerbangan kedengaran bertanya kepada seorang lagi rakan sekerja berhubung protokol.

“Pesawat ini meminta kebenaran untuk berpatah balik, seorang penumpang tertinggal bayi di kawasan menunggu,” kata pengawal trafik udara.

Pengawal kemudian meminta juruterbang mengesahkan semula alasan untuk berpatah balik.


“Kami memaklumkan anda, seorang penumpang tertinggal bayi di terminal dan enggan meneruskan penerbangan,” kata juruterbang.

“Ok, kembali ke pintu berlepas. Kejadian ini sesuatu yang baharu buat kami!” kata pengawal. – Agensi

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa Like facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.