Pelumba muda Sepanyol maut nahas di Jerez

Picture
DEAN Berta Vinales Meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian dada serta kepala. - FOTO WSBK

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Sepupu Vinales terlibat kemalangan maut nahas di Jerez

Paris: Pelumba muda Sepanyol, Dean Berta Vinales meninggal dunia hari ini ketika beraksi pada perlumbaan di Litar Jerez, umum penganjur Kejohanan Superbike Dunia (WSBK), hari ini.


Pelumba berusia 15 tahun itu yang juga sepupu kepada pelumba MotoGP, Maverick Vinales terbabit dengan kemalangan pada perlumbaan pertama kelas WorldSSP300 dan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian dada serta kepala.


Ia adalah musim pertamanya beraksi di kelas itu.

Dia beraksi bersama pasukan Vinales Racing yang diuruskan oleh Angel Vinales iaitu bapa Maverick.


Sebelum ini seorang lagi pelumba Sepanyol berusia 14 tahun, Hugo Milan meninggal dunia Julai lalu di perlumbaan European Talent Cup dekat Litar Motorland Aragon.


Pada Mei lalu, pelumba Switzerland, Jason Dupasquier, 19, meninggal dunia ketika sesi kelayakan Kejohanan Dunia Moto3 di Grand Prix Itali dekat Mugello.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.