Lana Nodin Akui Lebih Selesa Di Amerika Syarikat
Umum mengetahui, minggu lalu pelakon Lana Nodin berkongsikan mereka sekeluarga sudah selamat tiba di Amerika Syarikat.Terbaru, menerusi satu perkongsian Lana mengakui dia lebih selesa berada di negara di kalahiran suaminya itu apatah lagi mempunyai kebebasan serta tiada diskiriminasi.
Dalam entri tersebut, Lana turut memuat naik video dilihat lebih bebas membeli belah tanpa sebarang sekatan. Ujarnya lagi, di sana mereka diberi pilihan untuk memakai pelitup muka ataupun tidak.
“Orang kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi maaf ya, quote anda bagi ni, buat masa sekarang saya lebih memilih ‘hujan emas’ (Amerika Syarikat) sebab dah lama tak dapat membeli belah seperti ini,” tulisnya.
Perkongsian Lana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang seronok melihat di luar negara sangat berbeza dengan Malaysia serta tiada diskriminasi.
Terdahulu, Lana menafikan dirinya anti vaksin namun menuggu vaksin yang dihasilkan betul-betul selamat untuk digunakan kerana ia masih dalam proses ujian klinikal.
Lana berkata, dia akan mengambil vaksin di AS bersama suami. Ujarnya, dia ada hak sebagai rakyat Malaysia dan tiada siapa boleh memaksanya.
SOURCE: Rotikaya
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date