Wanita Ingat bersukan, nak cycling pun jangan berlebihan. Lelaki ini mengalami indirect hernia dan berdepan risiko kematian sebab terlalu aktif bersukan.
Bersukan untuk sihat, namun bila berlebihan dan tidak dikawal dengan betul, risikonya mempengaruhi kesihatan seperti yang terjadi kepada Nazirul Anwar Rahmat.
Berkongsi di ruang Facebook, jelas Nazirul, dia terpaksa menjalani pembedahan yang merisikokan nyawa akibat bersukan secara berlebihan. Menurut doktor, dia mengalami indirect hernia, usus menekan dinding perut yang lemah.
Jelasnya, sebelum dinasihatkan berehat sehingga enam bulan oleh doktor, dia seorang yang sangat aktif dan masa lapangnya dihabiskan dengan berlari dan berbasikal. Walaupun penyakit yang dihidapi bukan 100 peratus berpunca daripada bersukan, namun ia menjadi bertambah kronik disebabkan itu.
Ikuti perkongsiannya.
“Terobek Last Run & Last Ride sebelum Operation. Lepas ni cuti panjang, tiada sudah aktiviti pagi dan petang. Doktor dah nasihatkan 3-6 bulan jangan buat sebarang aktiviti lasak termasuk angkat berat dan bersukan.Ingat ya kawan-kawan, bersukan untuk kesihatan bukan kesakitan. Cukuplah sehari sekali atau seminggu 5 kali buat aktiviti. Elok-elok sihat jadi sakit pun susah juga.
Baru-baru ini saya kena operation, buat saya sedar jangan overtrain. Penyakit saya bukan 100% daripada bersukan, tetapi dia menjadi bertambah kronik disebabkan saya bersukan tak ingat dunia. Mentang-mentang anak bini jauh, duduk sorang-sorang, habis pagi petang dihantam. Sekarang menyusahkan anak bini sudah, bikin dorang risau ja.
Dalam dua tiga bulan ni kerja gila saya pernah buat running 367 km dalam masa sebulan. Cycling 1300km dalam masa seminggu. Bodohkan tuan puan? Macam mana tak sakit.
Ramai yang tanya sakit apa? Macam mana boleh jadi? Tiba-tiba sakit, sampai di kecemasan doktor bilang kena operation sebab ada risiko kematian. Uinaaa tanjat boboi.
Katanya indirect hernia, usus menekan dinding perut yang lemah. So doctor tanya ada buat kerja berat? Tiada. Merokok? Tiada. Batuk kering? Tiada. Selalu angkat berat? pun tiada.
TAPI saya selalu amalkan set up, push up and tekan tubi setiap pagi dan petang. Dan saya kebiasaannya akan berbasikal waktu pagi, running waktu petang. Ada kemungkinan cara saya yang berlebihan atau tidak betul mengakibatkan tekanan yang melampau kepada otot perut.
So jalannya operation, tolak balik lemak dan usus yang jatuh, tampalkan jaring dinding yang baru kemudian jahit semula. Jadi apa ko rasa? Allahu sakitnya jangan cakap macam orang bersalin operation kali. Paling sakit masa berjalan, bersin dan batuk. Setiap kali salah step, macam kena hiris daging dengan kertas A4 double A 70gsm. Kesimpulannya, kalau bukan atlit jangan la trainning macam dato jijol. Ingatlah orang tersayang. Sukan untuk sihat bukan untuk sakit. Ukur baju badan sendiri, buat sesuatu ikut kemampuan ya.”
Sumber : Nazirul Anwar Rahmat
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.