Alhamdulillah rezeki Lan Solo dengan wife… biarlah orang nak kata apa pun… bisnes tetap meletop okay 😘 Lan berbangga dapat kembangkan perniagaan kedai runcit miliknya. |
Lan Solo syukur bisnes kedai runcit berkembang, pindah ke bangunan tiga tingkat - “Orang buat aduan, kes rompak bukan isu tukar lokasi”
REZEKI penyanyi Lan Solo dalam bidang perniagaan terus mencurah-curah apabila kedai runcit miliknya, Solo Borneo Mart yang terletak di Puchong Prima, Selangor berpindah ke bangunan yang lebih besar.Menurut Lan, 36, dia mengambil keputusan berpindah ke lokasi baharu kerana mahu ruang lebih luas untuk menyimpan barang jualan dan juga keselesaan pelanggan.
"Sekarang kita dah berpindah ke Bukit Puchong, lokasi kedai baharu dan lama dekat sahaja, jarakkan tak sampai 10 kilometer pun... kenapa kita pindah sebab nak kembangkan lagi bisnes kami selepas dua tahun beroperasi.
"Kedai lama hanya satu tingkat sahaja, macam dah tak relevan sebab situlah tempat letak stok, tempat pelanggan membeli, pejabat dan sebagainya, jadi kurang selesa untuk orang ramai yang datang.
"Alhamdulillah kami dapat menyewa bangunan tiga tingkat... lokasi pun strategik dan luas untuk menyimpan barang. Kedai sebelum ini agak sempit, kurang selesa untuk pelanggan dan pekerja,” katanya kepada mStar.
Lan mahu kembangkan lagi perniagaan kedai runcit miliknya. |
Malah Lan berkata, kontroversi membabitkan dirinya juga tidak memberi kesan kepada perniagaan yang diusahakan bersama isteri, Nur Sheila Hassim itu.
Alhamdulillah bila kita kata nak pindah, pelanggan suka dan mereka rasa tempat baharu ini lebih selesa!
LAN SOLO
PENYANYI
"Dua tahun berniaga kita memang ada perancangan untuk kembangkan lagi. Sejujurnya orang buat aduan ke, kes rompak ke atau isu lain pun tak memberi kesan buruk kepada kami.
"Sebaliknya mereka menyumbang bisnes kami menjadi lebih baik dibantu laporan media dan sebagainya. Itu juga membantu promosi kedai kami.
Lan bersama isteri, Sheila Hassim. |
"2 tahun lagi kita ada plan mahu miliki gudang sendiri. Buat masa ni menyewa dulu untuk lancarkan perniagaan. Doa-doakanlah kalau ada rezeki kami mampu beli bangunan sendiri nanti," katanya.
Pada Disember tahun lalu, Lan mengalami kerugian lebih RM500 apabila kedainya itu dirompak penjenayah.
Bukan itu sahaja, Lan juga pernah berkongsi video menunjukkan pihak penguatkuasa datang mengeluarkan saman terhadap kedainya selepas menerima aduan mendakwa kedai runcitnya menganggu lalu lintas pada Jun lalu.
Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.