Hanya Membaca Mantera Sahaja, Gadis Bomoh Moden Ini Kaut RM216K Sebulan

Picture
Temui Gadis, penyihir moden: Dia memperoleh Dolar Singapura $70K sebulan hanya dengan membaca mantera dan mengajar ilmu sihir

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


DI alam serba moden ini, anda mungkin tidak percaya dengan wujudnya ahli sihir atau mereka yang masih mengamalkan ilmu hitam. Tetapi, jika anda berpeluang untuk singgah ke kampung-kampung atau kawasan luar bandar yang jauh dari arus kemodenan. Anda mungkin akan berjumpa dengan kumpulan yang masih mengamalkan ilmu ini.


Namun, bagi cerita kali ini. Ia sedikit lain. Kerana bomoh atau ahli sihir moden ini duduknya di bandar Singapura dan dia berjaya memperoleh sekitar $ 70,000 atau sekitar RM216,906 sebulan bagi perkhidmatan membaca mantera, kad nasib, menjual anak patung berhantu dan membuat lilin berbentuk alat kelamin.


Bambi Leong yang berumur 28 tahun menggelarkan dirinya sebagai DarkWitchBambi. Dia mempunyai premis perniagaan yang dinamakan sebagai The Love Witch. Leong menawarkan perkhidmatan menjual buku mantera yang membolehkan pelanggan bercakap dengan orang yang sudah mati dan menyakitkan orang yang masih hidup. Selain itu, dia juga memberi perkhidmatan yang membantu rohani dan dalaman manusia.


Diceritakan oleh Coconut Singapore, difahamkan bahawa anak patung yang dipegang oleh Leong itu sebenarnya hidup dan dibuat dengan bantuan seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan pasangan di Amerika Syarikat. Dia memiliki lebih dari 100 anak patung, beberapa di antaranya dipamerkan di dalam bilik dan dijaga rapi, katanya ia adalah harta turun temurun dari datuk dan nenek.


Bagi pelanggan pula, Leong menyatakan bahawa mereka datang kebanyakannya dari kaum wanita. Dan masalah utama yang selalu diceritakan kepadanya adalah cinta. Sewaktu membaca mantra cinta, Leong akan mengukir nama dan tarikh lahir lelaki atau perempuan yang dimahukan oleh pelanggannya ke sebatang lilin dan membakarnya dengan salah satu minyak khas.


Ketika ditemubual oleh Asia One, Leong menyatakan bahawa pengalaman pertama dia melihat benda-benda ghaib adalah semasa dia kecil. Bermula sejak umur 2 tahun Leong telah didedahkan dengan pengalaman yang penuh mistik. Ada satu ketika sewaktu Leong dan sepupunya bermain, mereka melihat satu bayangan putih yang mempunyai mata memerhati mereka dari sudut ruang.


Apabila dia menceritakan pengalaman mistik itu kepada nenek dan ibunya, mereka menerima perkara itu dengan senang hati dan memberitahu Leong bahawa mereka juga mengalami pengalaman yang serupa. Manakala ayahnya yang sudah bercerai dengan ibunya menyebut pengalaman mistik ini sebagai halusinasi.


Leong mula serius dalam industri ilmu ghaib ini pada 2019. Dia meninggalkan kerjanya sebagai guru Bahasa Inggeris kerana tidak rasa itu adalah pekerjaan yang tepat untuknya. Selepas berhenti kerja, dia mula menawarkan perkhidmatan membaca kad nasib di Carousell, langkah pertama yang membantu mempromosikan perniagaannya.

Apa yang membuatkan dia kuat dan terus maju kini adalah disebabkan oleh maklum balas positif dari pelanggan. Namun Leong akui, masih ada orang yang mempersoalkan perkhidmatan yang ditawarkan olehnya. “[Beberapa] orang anggap saya bergurau ketika saya memberitahu mereka apa yang saya lakukan,” Leong akui pernah dipukul dan diejek oleh seorang lelaki disebabkan dia jujur dengan pekerjaannya. “[Mereka yang tidak percaya] kadang-kadang boleh menjadi kurang ajar.”

Daripada cuba membantah, Leong lebih suka membiarkan saja komen-komen tersebut dan memilih untuk memberi tumpuan kepada pelanggan yang menyokongnya, “Sekiranya seseorang tidak mempercayai sihir, maka mereka tidak akan percaya buat selamanya.”


Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam hukum pergi kepada tukang sihir bagi memintanya mengubati sihir yang dihadapi adalah haram. Hal ini kerana apabila seseorang pergi menemui tukang sihir untuk mengubati sihir yang dihadapi, jelas perbuatan tersebut membawa kepada pergantungan kepada selain Allah SWT. Ia boleh membawa kepada syirik kepada-Nya.

Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fatawa al-Mu’asirah berkata: Diharamkan untuk pergi kepada tukang sihir sama ada untuk melakukan sihir atau pengubatan sihir. Maka semua itu sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis Nabawi adalah salah satu jenis daripada syirik kepada Allah SWT kerana ia adalah keyakinan dengan mengetahui yang ghaib atau pengubatan penyakit melalui perantaraan selain Allah SWT. (Lihat al-Fatawa al-Mu’asirah, hlm. 319)

Artikel penuh boleh rujuk HUKUM JUMPA TUKANG SIHIR UNTUK UBATI SIHIR

SOURCE: RED BULL

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.