'Cuba panggil jururawat, doktor tapi hampa dia orang tak layan'

Sabar Puan... 😢😢

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Jabatan Kesihatan Negeri Johor sahkan wanita pesakit Covid-19 bersalin sendirian di Hospital Sultan Ismail pada 23 Julai lalu

Sehari selepas seorang lelaki warga emas yang dijangkiti wabak Covid-19 dilaporkan dilihat merangkak di atas lantai dan cuba memaut pada katil untuk berdiri sebelum rebah dan meninggal dunia, satu lagi kisah hampir serupa telah beredar di media sosial.


Cuma, kali ini ia tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Picture
Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Seorang wanita membuat hantaran di Facebook mendakwa bahawa dia terpaksa melahirkan anak seorang diri di bilik pengasingan khas bagi ibu hamil yang positif Covid-19, setelah banyak panggilannya untuk meminta bantuan tidak dilayan.


Berdasarkan foto yang dikongsi bersama catatannya itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 23 Julai di Hospital Sultan Ismail di Johor.

Picture
Pesakit dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail pada 23 Julai lalu selepas menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin. (Gambar Facebook)

Wanita itu mencatatkan di Facebook pada 31 Julai, tetapi hanya menjadi tular sejak semalam.

Menurut wanita yang dikenali di Facebook sebagai Noor Aziah, dia diuji positif Covid-19 ketika menunggu untuk melahirkan bayinya bilik bersalin di hospital sekitar jam 4.40 petang.

Berdasarkan keputusan ujiannya itu, wanita itu berkata bahawa dia tidak dibenarkan bersalin secara lazimnya dan dibawa ke bilik khas untuk pesakit koronavirus, serta ditinggalkan keseoranga.

"Lebih kurang 6 petang perut mula rasa sakit sikit. Cuba mengiringkan badan. Masa ini ada darah keluar boleh tahan banyak.

"Mula ingatkan terkencing sebab rasa nak berak. Rupanya darah yang keluar. Pada 6.03 petang rasa memulas sangat perut. Cuba panggil jururawat dan doktor sekali lagi. Tapi, hampa dia orang tak layan," katanya dalam Facebook.


Sehingga jam 1 tengah hari, hantaran wanita tersebut telah dikongsi lebih 5,900 kali dan menerima sekitar 530 komen.

Menurut Noor Aziah, dia ketika itu menyerahkan takdirnya kepada Allah dan berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk keselamatan bayinya.

"Angkat kaki tak sempat angkat banyak. Baru angkat sikit bayi dah keluar. Alhamdulillah, selamat melahirkan anak tanpa bantuan doktor dan jururawat.

"Hampir terjatuh bayi dari katil sebab katil jenis tilam terasing. Syukur saya tahan bayi guna kedua-dua belah kaki saya sendiri dan bayi berpaut pada kaki saya.

"Hampir 10 minit menjerit menggunakan sisa-sisa tenaga yang ada saya panggil jururawat dan doktor. Tapi, hampa saya dengar jelas suara-suara mereka sedang ketawa di luar," katanya.

Noor Aziah berkata ketika itu di bertawakal 100 peratus dan menyerah kepada Allah.

“(Ssambil) usap perut cakap ‘ya Allah andai diri saya tak dapat diselamatkan, tolong selamatkan baby (bayi) saya.


“Lepas tu saya mengucap dua kalimah syahadah, baca ayat kursi, dengan lailahainnalaantasubahannakainnikumtum minal zolimin sebanyak tiga kali,” katanya.

Akhirnya, seorang jururawat datang untuk memeriksanya setelah dia menjerit untuk memberitahu mereka bahawa dia telah berjaya melahirkan anak.

"Syukur hanya Allah saya yang tahu. Pengalaman ini tak mungkin saya lupakan," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Menteri Kesihatan dan Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan ulasan mereka.

Picture
Gambar mendiang Ehambaram Kutti, 74, dan tangkap layar daripada video tular menunjukkan beliau bergelut di wad hospital.

Semalam, anak perempuan K Ehambaram, 74 yang rebah dan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah mendakwa kematian bapanya adalah akibat terjatuh daripada katil hospital dan bukan kerana Covid-19.

Lelaki itu dikatakan terbaring di lantai tanpa sesiapa pun datang menjenguknya sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir kira-kira 40 minit kemudian.

Keluarga Ehambaram membuat laporan polis dan meminta pihak berkuatkuasa untuk menyiasat, kerana mereka mendakwa kematiannya mungkin disebabkan oleh kejadian itu dan bukan disebabkan oleh koronavirus, seperti dinyatakan oleh pihak hospital. - Malaysiakini

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.