Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah |
Kes Harian Covid-19 jatuh ke 15,549; Sarawak mendahului dan Johor mengejar
SHAH ALAM - Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan kepada 15,549 kes dalam tempoh 24 jam lepas berbanding 17,577 kes dicatatkan pada Jumaat.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia setakat ini sebanyak 2,082,876 kes.
Daripada jumlah terbaharu jangkitan positif Covid-19 itu, Sarawak kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 2,929 kes.
Diikuti dengan Johor (2,208), Selangor (1,995), Sabah (1,395), Penang (1,375), Kelantan (1,214), Perak (1,120), Kedah (1,073), Terengganu (755), Pahang (634), Kuala Lumpur (382), Melaka (263), Negeri Sembilan (131), Perlis (33), Putrajaya (31), and Labuan (11).
SOURCE: UTUSAN
Kongsikan artikel ini: