Ahmad Dhani akui masih berpegang pada janji untuk menyara keluarga mangsa.
DEMI rasa tanggungjawab, komposer Ahmad Dhani dan anak lelakinya, Dul Jaelani tidak mengabaikan nasib keluarga mangsa kejadian kemalangan yang meragut enam nyawa walaupun sudah lapan tahun berlalu.
Memetik laporan Liputan 6, Ahmad Dhani mendedahkan bahawa dia masih berpegang pada janji untuk menyara enam wanita yang kehilangan suami akibat kemalangan yang berlaku pada tahun 2013 akibat kecuaian anaknya sendiri.
Vokalis kumpulan Dewa 19 itu berkata, sepanjang lapan tahun dia berusaha sebaiknya untuk menanggung kehidupan enam wanita tersebut.
"Kalau masih ingat, dulu saya berjanji menanggung wanita-wanita yang kehilangan suami... meninggal dunia kerana dilanggar anak saya.
"Sehingga sekarang saya masih tunaikan janji itu," katanya.
Menurutnya, tanggungan itu adalah atas inisiatifnya sendiri dan bukannya tertakluk dalam undang-undang mahupun hukuman daripada kemalangan yang berlaku.
"Saya buat sebagai usaha untuk bantu mereka, lagi pun saya pernah berjanji sejak 2013 lagi.
"Mungkin saya akan menanggung mereka sehingga anak-anak mereka selesai pengajian masing-masing.
"Dul juga ada menyara salah seorang wanita, jadi saya menanggung lima lagi. Ketika kemalangan berlaku ada di antara mereka mempunyai anak yang masih kecil," katanya.
SOURCE: mstar
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.