3 terbunuh, berpuluh cedera gempa bumi di Sichuan, China

Tembok yang rosak dilihat selepas gempa bumi 5.4 yang mengorbankan 2 orang dan mencederakan belasan di Luzhou, di wilayah Sichuan barat daya China pada 16 September 2021. AFPpix

BEIJING: Tiga maut dan puluhan cedera apabila gempa bumi kedalaman cetek melanda barat daya China awal pagi ini, mencetuskan maklum balas kecemasan tahap kedua tertinggi oleh penyelamat di wilayah Sichuan, kata media kerajaan.

http://beritaup2date.blogspot.com/ Gempa berkekuatan 7.9 yang melanda wilayah Sichuan pada 2008 menyebabkan 87,000 orang maut atau hilang. - Foto AFP
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) meletakkan magnitud gempa pada 5.4 tetapi Pusat Rangkaian Gempa China mengukurnya pada magnitud 6.0.


Kedua-duanya meletakkannya pada kedalaman cetek 10 kilometer.

Gempa melanda daerah Luxian, kira-kira 120 kilometer di barat daya bandar Chongqing, yang bersama kawasan sekitarnya mempunyai penduduk kira-kira 30 juta orang.


Pihak berkuasa Luxian menyatakan, kejadian gempa itu menyebabkan 'dua orang maut, tiga cedera parah dan 50 cedera ringan, sementara 22 rumah di daerah itu runtuh'.

Anggota-anggota penyelamat membersihkan serpihan batu-bata yang bertaburan akibat gempa bumi di bandar Fuji, daerah Luxian pada Khamis. - Foto Xinhua
Sejumlah rumah telah rosak, sementara komunikasi terganggu di beberapa daerah.

China Global Television Network (CGTN) mengesahkan jumlah kematian, sementara media lain berkongsi gambar bangunan dengan retakan besar yang disebabkan oleh gempa terbabit.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Bandar Luzhou telah menghantar anggota kecemasan ke kawasan itu, tanpa mengulas lanjut.

USGS dalam penilaian awal menyatakan 'kemungkinan besar kerosakan dan bencana berpotensi lebih teruk'.


Gempa berkekuatan 7.9 yang melanda wilayah Sichuan pada 2008 menyebabkan 87,000 orang maut atau hilang.

Antara mereka adalah beribu-ribu kanak-kanak, terbunuh apabila bangunan sekolah yang dibina dengan kualiti yang teruk runtuh, tetapi kerajaan gagal menyiarkan jumlah tepat angka kematian apabila isu itu mencetuskan dimensi politik. - AFP

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.