Wanita dapat swab test hidung terus masuk ke mulut

Tangkap layar klip video yang memaparkan proses ujian calitan yang dilakukan oleh seorang wanita di sebuah ujian calitan pandu lalu.



Geli dan menjijikkan. Itu antara reaksi pengguna laman sosial apabila melihat proses ujian swab yang dilakukan ke atas seorang wanita menggunakan ‘cotton’ (alat calitan) yang sama untuk hidung dan mulut.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di laman Facebook, klip video berdurasi 22 saat itu memaparkan seorang petugas kesihatan sedang melakukan ujian swab ke atas seorang wanita di dalam sebuah kereta.

Difahamkan, ujian tersebut dilakukan di sebuah ujian calitan pandu lalu dan kelihatan petugas tersebut pada awalnya melakukan ujian calitan ke dalam hidung.

Seterusnya, ‘cotton’ yang sama kemudiannya digunakan untuk mengambil sampel di dalam mulut.

Susulan perkongsian klip video itu, rata-rata pengguna laman sosial mengecam tindakan pelik petugas kesihatan tersebut dan didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ujian calitan atau swab test.


@sheinna.sh

rasa masin 🤣🤣🤣

♬ original sound - Apa ini MISKA
Menurut mereka, petugas kesihatan tidak sepatutnya menggunakan alatan sama untuk melakukan ujian calitan di dalam hidung dan mulut.

“Sapelah yang tukang swab ni, nak jimat kos betul ye calit hidung pastu terus calit kat tekak. Pengotor dan jijik betul cara dia lakukan ujian calitan,” tulis Anis Sooraya.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Shahril Shah.

“Mana ada SOP swab test (ujian swab) jolok lubang hidung dan masuk mulut guna satu ‘cotton’

“Swab test yang betul masuk satu lubang hidung dan mulut guna ‘cotton’ untuk mulut, swab test bukan benda main boleh merebak positif Covid-19 jika buat dengan cuai,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.