Video PdPR ‘pot0ng bawang’! Murid s4nggup tunggu semua rakan keluar Google Meet untuk sesi lu4h rindu dengan guru, men4ngis selepas laptop terpadam

Video perbualan antara Jina dan Auni yang dimuat naik di aplikasi TikTok menyentuh perasaan ramai.



KETIKA ini penvlar4n C0vldl9 masih belum reda dengan lima digit k3s direkodkan saban hari sejak lebih sebulan lalu.

Situasi itu menyebabkan pelajar di sekolah rendah mahupun menengah perlu mengikuti sesi pembelajaran menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memandangkan sekolah terpaksa ditvtup.

Hanya sempat mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka selama kira-kira dua bulan sahaja sejak C0vldl9 melanda negara, sudah pastinya sebilangan besar pelajar merindui suasana belajar di dalam kelas serta guru masing-masing.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok baru-baru ini, seorang guru memuat naik gelagat comel salah seorang anak muridnya yang melu4hkan kerinduan kerana sudah lama tidak dapat menghadiri sesi persekolahan seperti biasa, selepas selesai pembelajaran menerusi Google Meet.

“Kerinduan seorang anak murid terhadap cikgunya. Berabis dia tunggu kawan-kawan yang lain left,” demikian kapsyen yang ditulis pada video tersebut.


Jina merupakan guru bagi murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Teluk Intan, Perak.
Menurut guru bernama Jina Ulau Jok, pelajar perempuannya itu sememangnya seorang yang ramah, keletah dan suka bercerita sama seperti ketika berada di dalam kelas sebelum ini.

“Selepas habis saja sesi pembelajaran Google Meet, Auni tunggu je kawan-kawan yang lain keluar. Selepas itu baru dia bersembang dengan saya. Sebelum ini pun sama juga… dia akan bersembang selepas habis Google Meet.

“Macam-macam yang dia sembangkan. Pasal beg, kucing, TikTok dan macam-macam lagi. Seronok layan keletah kanak-kanak sebab mereka comel sangat. Sebenarnya sejam juga saya layan dia bersembang sebelum laptopnya tiba-tiba terpadam.

Video:

@jhieyna

Bukan bulan 9 dah nak.. 😭 ##preschool Berabis dia tunggu kawan2 yang lain left.. ada benda dia nak tunjuk sebenarnya.. panjang pulak video.. sejam 😂

♬ Kina Can We Kiss Forever Sape Cover - Alif Fakod
@jhieyna

Reply to @zintsensei part **Auni ingat cikgu 🥺 ##preschool

♬ Kina Can We Kiss Forever Sape Cover - Alif Fakod

“Tak lama kemudian ibunya mesej, beritahu Auni men4ngis-n4ngis minta buat video semula dengan saya. Tapi ibunya pujuk beritahu cikgu sedang s1buk sebab dah lama dia bersembang,” ceritanya.

Menurut guru yang berusia 29 tahun ini, Auni merupakan salah seorang daripada 25 murid prasekolah yang diajarnya di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Teluk Intan, Perak.

“Hanya dua bulan saja kami sempat bertemu secara bersemuka. Selepas ini, Auni akan berpindah ke sekolah lain apabila masuk Tahun 1. Sebab itu dia sedih dan berjanji akan tetap ingat cikgu dia walaupun tak lagi di sekolah yang sama,” ujarnya yang sebelum ini pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sungai Arang, Baram, Sarawak.


Jina sudah lebih lima tahun bergelar guru prasekolah.
Tambah guru yang senang disapa sebagai Jina ini, selain Auni, dia turut rapat dengan kesemua pelajar perempuan prasekolah yang lain.

“Daripada 25 pelajar, ada tujuh je pelajar perempuan. Selebihnya pelajar lelaki. Macam-macam gelagat mereka. Ada yang ibu bapa terp4ksa call saya dan minta bercakap dengan anak mereka sebab budak-budak ni lebih senang ikut arahan guru.

“Ada juga ibu bapa yang mesej, beritahu anak mereka nak ikut saya balik rumah. Macam-macam… lucu dan comel. Kesemua mereka berusia di antara lima dan enam tahun,” ujar guru yang berpengalaman selama lebih lima tahun mengajar pelajar prasekolah.

Seronok layan keletah kanak-kanak sebab mereka comel sangat. Sebenarnya sejam juga saya layan dia bersembang sebelum laptopnya tiba-tiba terpadam.

JINA ULAU JOK

GURU PRASEKOLAH

Tidak menyangka perkongsiannya tular, Jina berkata dia terharu rata-rata netizen mel0ntarkan komen positif.

“Ramai juga yang kata ia video ‘pot0ng bawang’ sebab mereka ters3ntuh dengan reaksi jujur Auni bila dia meluahkan rindu. Siap ada yang minta post lagi video part 3. Setakat ni ada hingga part 2 saja.


Jina (kanan) bersama Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah, Pn Hajah Zarina Mohamed Saleh dan Guru Besar SK Sultan Idris II, Zam Ma’mor Misran.
“Saya tak kata saya ini seorang yang pandai mengajar. Tapi bila layan kanak-kanak ini macam kawan, secara tak langsung mereka selesa. Cuma kena ada juga batasannya.

“Terima kasih kepada mereka yang beri komen positif. Apa yang saya harapkan, sebagaimana guru-guru yang lain, mudah-mudahan keadaan makin pulih dan kami dapat mengajar seperti biasa,” ujarnya lagi.

Sehingga kini dua video yang dimuat naik oleh Jina masing-masing meraih lebih 53,000 dan 178,000 jumlah tontonan.

Komen netizen:


Sumber: Mstar

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.