Kenapa sampai dos ke-5?

Kenapa sampai lima dos? - GAMBAR HIASAN



Rio de Janeiro: Seorang lelaki perlu memberi penjelasan kepada pihak berkuasa kesihatan bagaimana dia memperoleh lima suntikan vaksin berbeza untuk Covid-19, dalam tempoh 10 minggu.

AFP melaporkan, lelaki berkenaan menerima dua dos, masing-masing untuk Pfizer dan Coronavac dan satu suntikan AstraZeneca, antara 12 Mei dan 21 Julai lalu, menurut TV Globo.

Dia turut dikesan memperoleh dua dos dalam tempoh masa 13 hari.

Kegiatan itu terbongkar selepas dia sedang berusaha mendapatkan dos yang keenam pada 16 Ogos,

Majlis bandar raya Rio dalam surat kepada AFP berkata, pihak berkuasa kesihatan akan menghubunginya sehingga dapat menjelaskan bagaimana dia dapat menerima suntikan di beberapa pusat vaksinasi.

Pihak berkuasa berkata lelaki itu pergi ke tiga pusat yang berbeza dan mengambil kesempatan atas kegagalan komputer.

Sekretariat Kesihatan berkata, pihaknya dapat mengenal pasti lelaki itu di dalam rekod dan memaklumkan akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan.

Untuk diberi vaksin, rakyat Brazil perlu berada dalam kelompok umur yang sesuai dengan jadual yang dimaklumkan dan menunjukkan kad pengenalan.

Untuk mendapatkan suntikan kedua mereka perlu mengemukakan bukti suntikan dos pertama.

Pusat vaksinasi tidak mengesyorkan pilihan antara vaksin yang berbeza.

Brazil mencatatkan kematian kedua tertinggi di dunia, selepas Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 570,000 orang maut akibat virus berkenaan. -Hmetro/AFP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.