[VIDEO] Mata biru macam pakai Contact lens ada kaitan susur galur Afghanistan, Itali

UMI Aqilah Ahmad Zailani dan Mohamad Safwan yang tinggal di Kampung Chenerai, Baling, Kedah memiliki mata berwarna biru yang cantik.

‘Si mata biru’ jadi tumpuan



Memiliki sepasang mata berwarna biru bukanlah dianggap berpenyakit, tetapi fenomena biasa melibatkan pemindahan genetik oleh ibu bapa kepada anak dilahirkan sebagai faktor utama.

Pakar Perunding Kanan Oftalmologi & Kornea dan Pembedahan Lasik dari Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn, Prof. Datuk Dr. Veera Ramani berkata, individu yang mempunyai warna mata biru mempunyai kelebihan dari segi kecantikan.

Dua beradik dari Kampung Chenerai, Mukim Siong di sini menjadi perhatian ramai sejak kecil kerana memiliki mata berwarna biru yang cantik seperti memakai kanta lekap.

Umi Aqilah Ahmad Zailani, 18, dan adiknya, Mohamad Safwan, 12, dianugerahkan anak mata berwarna biru sejak dilahirkan dan ia diwarisi daripada bapa mereka, Ahmad Zailani Dolah, 51.

Menurut Mohamad Safwan, orang ramai sering memperhatikan matanya sekiranya dia keluar ke kedai dan bandar.


UMI AQILAH (kanan) dan Mohamad Safwan (kiri) di samping bapa mereka ketika ditemui di Kampung Bandar, Mukim Siong, Baling semalam.
“Mata saya dan kakak jadi perhatian orang ramai sehingga ada yang meminta untuk bergambar. Kami tidak tolak dan biasanya akan bergambar dengan mereka.

“Saya sudah biasa dengan keadaan tersebut sejak kecil lagi yang mana ibu dan bapa sering nasihat supaya sentiasa merendah diri dan baik dengan semua orang,” katanya ketika ditemui di sini semalam.



Katanya, dia juga gembira ke­rana semua rakan di sekolah dan kampung ini serta guru sangat baik dan tidak pernah membezakannya dengan orang lain.

Ibu mereka, Eshah Md. Hassan, 44, berkata, hanya anak kelima dan keenam iaitu Umi Aqilah dan Mohamad Safwan dilahirkan dengan sepasang mata berwarna biru.


“Dua beradik ini mewarisi mata suami saya yang juga memiliki sepasang mata berwarna biru sejak dilahirkan, manakala empat lagi anak kami mempu­nyai warna mata normal seperti kebanyakan orang.

“Saya pernah ditegur seorang peniaga kerana memakaikan anak yang masih kecil dengan kanta lekap kerana ia boleh merosakkan mata,” katanya.

Menurutnya, dua beradik itu tidak mempunyai sebarang masalah penglihatan dan mereka dapat melihat serta membaca seperti biasa.

“Cuma, Umi Aqilah mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan dan kini belajar di Sekolah Menengah Sungai Layar (Pendidikan Khas), manakala Mohamad Safwan tiada sebarang masalah kesihatan,” ujarnya.

Tambahnya, warna anak mata suaminya sama seperti Mohamad Safwan berbanding Umi Aqilah yang nampak lebih jernih warna birunya.


Sementara itu, ibu mertuanya, Siti Aishah Ismail, 75, berkata, Ahmad Zailani merupakan anak kedua daripada empat beradik dan hanya dia seorang sahaja bermata biru.

“Mereka tiga beranak yang mendapat mata biru ini berkemungkinan daripada keturunan moyangnya iaitu nenek saya dan nenek saudara saya yang juga bermata biru tetapi mata mereka tidak sejernih atau biru seperti anak dan dua cucu saya ini.

“Mata saya dan ibu saya juga ada sedikit warna biru tetapi tidak ketara seperti mereka bertiga,” ujarnya yang mempunyai 14 orang cucu dengan dua orang sahaja yang bermata biru. -K! ONLINE

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.