PENYERANG sensasi, Lionel Messi sudah menjalani latihan pertamanya dengan PSG dan akan berada dalam senarai untuk aksi menentang Strasbourg.- AFP |
BARCELONA: Meskipun sudah melengkapkan perpindahan mega ke Paris Saint-Germain (PSG), Barcelona dikatakan masih berhutang dengan Lionel Messi berdasarkan klausa di dalam kontraknya.
Bintang Argentina itu masih belum menerima baki gajinya musim lalu bersama keseluruhan skuad Barcelona yang menyaksikan kelab tersebut berhutang dengannya sebanyak 104 juta pound (RM608.71 juta).
Penyerang tersebut sudah menjalani latihan pertamanya dengan PSG dan akan berada dalam senarai untuk aksi menentang Strasbourg.
Messi, 34, dikatakan mahu terlibat dengan aksi minggu ini walaupun memerlukan beberapa minggu untuk cergas sepenuhnya.
Messi dan keluarganya tinggal di hotel berhampiran Champs-Elysees selepas tiba di kota Paris untuk menyertai PSG secara percuma.
Dia kemudian mendapat tawaran jangka pendek untuk tinggal bersama Sergio Ramos sekiranya bosan menginap di hotel.- AGENSI