Vaksinasi diperluas kepada remaja 16, 17 tahun

Malaysia mengumumkan akan menawarkan vaksin COVID-19 kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun sahaja



KUALA TERENGGANU – Remaja berusia 16 dan 17 tahun akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin Covid-19 sebaik vaksinasi untuk golongan dewasa 18 tahun ke atas selesai sepenuhnya tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

“PICK ada tetapkan (vaksin kepada remaja) dan berkemungkinan remaja berumur 16 hingga 17 tahun dahulu akan diberi suntikan vaksin Covid-19.

“KJ (Khairy Jamaluddin) telah beritahu saya apabila sudah habis semua sekali dewasa, giliran golongan remaja ini yang akan menerima vaksin,” katanya ketika memantau perjalanan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Taman Taman Islam (TTI) di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja berusia bawah 16 tahun berkemungkinan akan menyusul selepas itu.


Muhyiddin (dua dari kanan) beramah mesra dengan salah seorang penerima vaksin Covid-19 di PPV TTI, Kuala Terengganu hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dipetik sebagai berkata, remaja 12 hingga 17 tahun sudah boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Begitupun, beliau memberitahu keutamaan vaksinasi buat masa ini diberi kepada kumpulan berisiko dalam kalangan golongan dewasa sebelum diberikan kepada kanak-kanak dan remaja. – K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.