Ular sawa 15kg ditemui kenyang makan kucing

Ular sawa seberat 15 kilogram dan sepanjang 4.57 meter yang dipercayai membaham si 'Amuk' berjaya ditangkap pasukan APM pagi tadi.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)





ALOR GAJAH – Seorang peniaga kecil berdepan detik cemas selepas seekor ular sawa seberat 15 kilogram ditemui kekenyangan di bawah almari selepas dipercayai membaham seekor kucing peliharaannya di Taman Koperasi Naning, di sini, pagi tadi.

Masura Ahamad, 49, berkata, malam sebelum kejadian dia mendengar bunyi dentuman siling bilik airnya roboh, namun hanya memeriksa keadaan kira-kira pukul 7.40 pagi tadi.

Jelasnya, ketika ingin membersihkan serpihan siling, salah seekor kucing yang dipanggil Oyen seperti memberikan isyarat terdapat sesuatu di bawah almari berhampiran kakinya.

“Saya rasa tidak sedap hati dan suluh menggunakan lampu picit dan terkejut apabila ternampak seekor ular sawa sedang melingkar kekenyangan.

“Saya kemudian mendapatkan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan apabila mereka tarik ular tersebut, terdapat bahagian perutnya berisi seperti telah membaham salah seekor kucing rumah ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Operasi APM Daerah Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.45 pagi tadi dan sepasukan empat anggota dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan kami mengambil masa kira-kira 5 minit untuk mengeluarkan ular sawa sepanjang 4.57 meter tersebut yang ditemui melingkar di bawah almari pinggan mangkuk,” katanya. – K! ONLINE

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.